| Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya | ||
Oleh Haru Biru Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini: [1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. [2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). [3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. [4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. [5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. [6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. [7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. |
Saturday, April 30, 2011
Sopan
Ca pikiaq sikit
Politik Lucah, ini akan jadi pada anak bangsa...

Mana pi KDN
Video lucah di media, mana peranan kdn

ustaz idris ahmad
Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.
Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?
awat skrip mcm ni?
| Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi |
| Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini. Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi. |
kerajaan perpaduan : umno-bn kembali terdesak
buletin 1.30 tgh hari melaporkan bahawa, datuk sri najib tun razak yang kini sedang berada di terengganu, kembali menghantar "jemputan" kepada PAS utk menyertai kerajaan perpaduan di bawah umno-bn. signifikannya, jemputan ini didendangkan kembali ketika mana beliau sedang berusaha utk menyelesaikan kemelut umno terengganu yang kembali hangat baru-baru ini, disamping terdapatnya kabar yang semakin kuat bertiup bahawa PAS sudah mula mendapat kembali tempat dalam hati rakyat terengganu itu sendiri. pelik bin ajaib. selepas pelbagai kutukan, fitnah, dan tohmahan yang ditujukan kpd PAS, umno-bn kembali meroyan utk menjilat kembali segala kutukan mereka itu. DPP kawasan Segambut pasti, tujuan isu ini kembali dihangatkan sudah pasti berkaitan dgn muktamar yang bakal berlangsung selewat-lewatnya bulan hadapan. seperti yang kita semua ketahui, polemik kerajaan perpaduan (UG) yang berkemundang selepas PRU-12 yang lalu, hampir-hampir sahaja menggoncang perpaduan yang dibina bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR), disamping menggoncangkan keyakinan terhadap ahli-ahli PAS itu sendiri. namun, selepas konvensyen khas yang diadakan di Taman Melewar yang disertai oleh para pimpinan PAS sendiri, PAS sepakat untuk menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan anjuran umno-bn dan terus setia bersama rakan-rakan di dalam PR untuk menguburkan umno-bn di dalam pilihan raya akan datang. jelas lagi bersuluh, umno-bn cuba menggoncangkan kepercayaan para ahli terhadap pimpinan di dalam PAS dan cuba menimbulkan kecurigaan pada rakan-rakan di dalam PR terhadap PAS. DPP kawasan Segambut pasti, ahli-ahli PAS dan rakan-rakan di dalam PR tidak akan termakan dengan pujuk rayu dan taktik jahat yang sedang cuba dimainkan kembali oleh umno-bn yang terdesak utk mengekalkan kepercayaan dan undi rakyat malaysia dan orang melayu itu sendiri, yang kini telah beralih ke PR. justeru itu, DPP kawasan Segambut menasihati umno-bn supaya berhenti memalukan diri sendiri. PAS akan terus bersama mengemudi bahtera perjuangan bersama-sama rakan PKR dan DAP di dalam PR dan seterusnya menguburkan umno-bn pada PRU-13!
ibnu ibrahim
ketua penerangan
DPP kawasan Segambut
Friday, April 29, 2011
Ganas Sungguh Politik Malaysiaku!
Tergamam jugak saya dibuatnya.
Ya lah, sewaktu siang hari itu, kerana tugasan di pejabat, saya menghabiskan masa hampir separuh hari menonton rakaman CCTV mengenai satu kejadian di tempat kerja yang perlukan lapuran dan analisis segera daripada saya dan pasukan. Ringkas cerita, menonton dan playback rakaman CCTV berulangkali ini memang dah jadi lumrah dan kerja utama saya.
Malamnya pula, atas rasa ingin tahu, saya terketemu dengan rakaman video Anwar yang disiarkan di laman You Tube itu. Sekali lalu, ilmu saya mengatakan itu bukanlah rakaman CCTV black n white biasa, ianya lebih berkemungkinan rakaman video camera yang biasa orang gunakan. Tidak ada apa yang specialnya mengenai Video ini jika bukan kerana wajah pelakunya yang seimbas DSAI seperti yang diwar-warkan.
Saya jadi tergamam, kerana hampir semalaman setelah menonton sendiri rakaman yang disiarkan di You Tube itu, saya mula sangsi dengan apa yang saya dengar dan percayai selama ini.
Tak perlulah saya tulis apa yang saya sangsikan, cuma sekadar cukup saya katakan dari segi politik, sekiranya Video ini disebarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibilit DSAI, maka ketahuilah, sekiranya naruni saya - seorang penyokong setia Pakatan menjadi pertaruhan - maka percayalah kesan Video ini adalah MAHA hebat berbanding dengan cerita Liwat terutamanya kepada mereka-mereka di atas pagar sementelah lagi mereka yang memang sudah sedia anti-Pakatan.
Nasib baik team KeADILan cepat mengawal keadaan; bukti bergambar yang ditunjukkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media pada 29 Apr 2011 ini menunjukkan bahawa gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar.

Fuh! sedikit lega rasanya.
Fikir-fikir sekali, orang macam saya yang hari-hari dok main dengan CCTV ini pun hampir-hampir terpedaya, inikan pula makcik dan pakcik kat luar sana yang sumber beritanya hanyalah RTM/TV3 dan Utusan Malaysia.
Walaupun begitu, saya mula naik confuse bila mana Datuk T diberitakan sudah melakukan sumpah laknat di dalam Masjid. Saya tak pasti berapa lama pula terpaksa menanti untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Tok-Tok Mufti mengenai perkara ini. Begitu mudah sekalikah dalam agamaku sipenganutnya bersumpah-sumpah dengan nama Allah seperti itu?
Ganas sungguh politik di bumi Malaysiaku ini.
moniermatdin@yahoo.com
30.4.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
Jawatan YDP tidak dipertandingkan
Menjelang mesyuarat berkenaan, beberapa khabar angin mengenai pencalonan terus perbualan pelbagai pihak apabila dikatakan tiga pihak bakal bertanding iaitu bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Haji Abdul Rahim, Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pemangku Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Mohd Hayati Othman bagi jawatan berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa memang tiga pihak berkenaan dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan terbabit, namun mereka bertiga sudah mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan mengenai perkara terbabit.
“Selepas perbincangan, kami bersetuju agar jawatan YDP itu diserahkan kepada Taulan tanpa ada pertandingan lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi apabila diminta memberi penjelasan mengenai khabar angin terbabit.
Katanya lagi, Taulan sudah bersetuju dengan perbincangan berkenaan.
Sementara itu, ditanya mengenai pencalonan untuk jawatan Timbalan YDP, beliau bersetuju dicalonkan untuk jawatan terbabit dan pertandingan untuk jawatan terbabit akan diadakan, namun beliau tidak mengetahui berapa penjuru yang akan dicalonkan.