Saturday, February 23, 2013

Najib perlu selesai segera isu pencerobohan di Lahad Datu

23 February 2013

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut meluangkan masa melawat Lahad Datuk dan bertemu orang ramai di kawasan itu untuk mengetahui sendiri keresahan dan kebimbangan mereka terhadap 150 penceroboh Sulu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Najib mempunyai masa berkempen ke seluruh Malaysia untuk dirinya dan UMNO/Barisan Nasional (BN) walaupun Parlimen belum dibubarkan, tidak ada sebab bagi Najib tidak menyelesaikan kebuntuan pencerobohan Sulu yang masuk minggu ketiga.

Katanya beliau mengalu-alukan lawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Kabinetnya ke Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, semalam bagi mendapatkan pandangan terus mengenai kebuntuan antara pasukan keselamatan dan kononnya Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

“Saya juga berkesempatan melawat Felda Sabahat 16 di Lahad Datu dua hari lalu bersama wakil yang dilantik DAP Sabah, termasuk Jimmy Wong Sze Phing, Naib Pengerusi DAP Negeri, Frederick Fung, Setiausaha Negeri Dr Edwin Bosi, Setiausaha Publisiti Negeri, Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu dan Penolong Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Vincent Wu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, lawatan kami ke Lahad Datu pada 20 Feb itu bertujuan mendapatkan fakta untuk menentukan keadaan sebenar di tempat kejadian mengenai kebimbangan penduduk tempatan, menunjukkan solidariti dengan rakyat di Lahad Datu yang terkesan dengan kejadian itu dan menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah, khususnya Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, untuk memberi tumpuan menyelesaikan segera kebuntuan yang melanda rakyat Sabah.

“Saya gembira kerana matlamat kami tercapai kerana selepas itu Ketua Menteri Sabah dan rombongan Kabinetnya melawat Felda Sahabat 16 untuk mendapatkan taklimat di pos keselamatan General Operations Force (GOF) di sana,” katanya.

Menurutnya, namun itu tidak memadai jika Perdana Menteri tidak meluangkan masa menyelesaikan masalah penduduk di Lahad Datu sedangkan sibuk berkempen untuk memenangkan dirinya dan BN walaupun Parlimen belum dibubarkan.

“Jika pemimpin DAP boleh mengetepikan kempen pilihan raya untuk melawat Lahad Datu, tidak ada Perdana Menteri tidak boleh melakukan perkara yang sama.

“Bolehkah Najib menjelaskan kepada penduduk Lahad Datu, Sabah dan Malaysia bagaimana 150 penceroboh Sulu mampu melepasi kawalan tentera laut, askar dan polis sehingga mereka bertahan di Kg Tanduo di Felda Sabahat 17 sejak 9 Febuari lalu,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, banyak soalan yang dilontarkan rakyat Malaysia di media sosial yang belum dijawab Perdana Menteri atau arahkan Menteri sesuai atau agensi Persekutuan untuk memberi jawapan.

“Polis tida sepatutnya terbabit dalam memulihkan situasi di Sabah kerana ia bukan soal keselamatan dalam negara dan setakat ini polis dilihat tidak mampu mengusirkan penceroboh berkenaan.

“Ahli politik telah campur tangan dan sebab itu situasi buntu ini berterusan. Polis tidak terlatih untuk melakukan serangan di kawasan musuh, di mana musuh menembak semula. Ini bukannya perhimpunan Bersih. Mereka tidak ada mortar, artileri, kenderaan Infantri atau Pasukan Khas yang mahir dalam intipan, Pasukan Udara dan Tentera Laut. Ini sepatutnya tugas Tentera memandangkan ia adalah ancaman luar, senjata mereka lengkap dan mereka terlatih untuk itu.

“Situasi itu sepatutnya diurus oleh Komander Briged kelima tanpa membiarkan semua adat tertib ini. Ini adalah tugas Menteri Pertahanan, nampaknya dia bercuti dan tentera sedang dimalukan oleh sekumpulan pengganas. Terdapat satu lagi badut, kononnya Laksamana, tanpa malu berkata perbelanjaan pertahanan kita sangat bagus (dengan kapal selam tak guna) sehingga serangan 1511 tidak akan berulang lagi.,” katanya.

Kit Siang berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa Menteri Dalam negeri dan polis yang menguruskan situasi itu sedangkan ia sepatutnya diuruskan Menteri Pertahanan dan tentera agar ia tidak berlarutan. – Roketkini.com

Nik Aziz - Orang yang memberi itu buat rakyat macam binatang..!!!

Nik Aziz pertahan kenyataannya tentang BR1M
Bernama


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.

"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.

Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.

Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

- Bernama

Exco Kedah - Penjelasan Hutang di Kulim Hi-Tech

Sebahagian besar hutang ialah untuk KHTP dan perkhidmatan air

Alor Setar - Sebahagian besar hutang kerajaan negeri Kedah terhadap Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, hutang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta.

“Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar.

“Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar,” ujarnya.

Berhubung hutang berkaitan pengurusan air pula, masih terdapat keraguan sama ada ia benar-benar bersifat hutang negeri kepada Persekutuan atau sepatutnya ia merupakan geran Persekutuan kepada negeri yang tidak perlu dibayar balik.

Menurut Amiruddin, kalau mengikut status Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974, pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan Persekutuan. Namun, pada 31Mei 2000 jemaah menteri telah bersetuju pertukaran dasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran oleh Kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita sedang berunding dengan Pusat supaya status sebahagian hutang untuk urusan perkhidmatan air diubah kepada geran, jika ia berlaku bermakna jumlah hutang negeri kepada Pusat tidaklah seperti yang disebutkan itu,” jelas Amiruddin.

Bagaimanapun, katanya, hutang-hutang berkaitan air akan diambilalih sepenuhnya oleh PAAB sekiranya pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan asset air kepada kerajaan Persekutuan.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengenai hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dianggap ‘membebankan’ kerajaan negeri, Amiruddin menasihatkan Tan supaya menaruh kepercayaan terhadap pihak bank yang meluluskan pinjaman tersebut.

“Keng Liang jangan susah hati, sebelum institusi kewangan beri pinjaman mereka sudah kaji segenap aspek terutama kemampuan pembayaran balik, jika tidak pinjaman tidak akan diluluskan.

“Dalam isu pinjaman KUIN, kerajaan yakin pinjaman dapat dijelaskan. Kita dah pun masukkan dalam peruntukan bajet 2013 dan bajet itu diluluskan tahun lepas. Sebagai contoh hutang bangunan tambahan Blog E Wisma Darul Aman yang menjadi beban tinggalan BN sebaik kita mengambil alih kerajaan tetapi kita dapat jelaskan mengikut jadual sebanyak RM25 juta setahun sehingga selesai semuanya penghujung 2012,” jelasnya.

Ini baru penerima BR1M boleh dipanggil "haiwan"

Guna duit BR1M beli dadah
Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2013
Guna duit BR1M beli dadah
Kedua-dua lelaki berkenaan didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.
 
KULIM - Dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam.

Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.


"Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD  untuk menjalani ujian saringan air kencing.  Mereka didapati positif dadah,” katanya.       

Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum.

"Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen  12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1)," katanya.

Renungan - Tak kelapaq pangkah Pas... !!!

Tak kelapaq pangkah Pas...

Salam semua...

Semalaman Pak Long tak boleh tidoq. Memang bukan pasai nyamuk, dah tidoq dalam kelambu. Tapi merah mata dok layan kerenah Mak Long hang. Sampai ke cerah dia berletiaq. Dia meluat sungguh dengan kelaku sekerat dua kaki kencing kawan kat dalam Pas tuh... DAP pun bukan suka sangat ngan Anwar tapi tak la sampai peringkat kencing kawan.

Masaalahnya, pasai apa la baru hangpa nak cerita kata hangpa meluat sangat kat Anwar? Awat sebelum ni hangpa tak mau buat perangai, dah tinggai dua tiga hari nak pilihanraya baru hangpa nak tunjuk rupa? Saja perut busuk ka hapa? Hangpa kata elok sangat ka kelaku Ku Li dari Anwar? Hangpa nampak Ku Li tu pemuja Islam totok sangat ka? Adakah tingkahlaku Ku Li tu lebih Islamik nampaknya dari Mat Sabu?

Tengok ke kelaku puak-puak kaki kencing kawan ni pun Mak Long hang dah termuak. Bukan pasai Mak Long hang suka Anwar tapi Mak Long hang terlebih bencikan Umno, tu jaa... Hangpa boh la sapa pun jadi Perdana Menteri, waima Mat Sabu pun tak pa lagi asaikan bukan Umno. Umno neh dah lama layan rakyat macam tak guna seduit pun... Jadi jangan dok buat kelaku bodoh untuk untungkan Umno disaat rakyat bangun mengharapkan kita benamkan Umno.
Takkan pasai Umno janji nak bagi kerusi menteri ja dah lupa dosa kencing kawan? Tak logik sangat la kan, lepaih tengok video lucah tajaan Ust Rahim Thamby Chik kat Bukit Aman ja dah nampak Ku Li lebih baik dari Anwar? Hangpa dah check dan siasat habih dah ka pasai video kaboq hitam putih tuh? Bab neh tak payah pakai hukum syariah Islam dah ka? Tak payah kalut nak pakai 4 saksi yang adil dah la?

Tak tau la orang lain tapi Mak Long hang terbau busuk hancing, tengik sungguh bila depa-depa ni bercakap. Bau hancing tengik ni selalunya mai dari perut busuk, betoi ka...?

Kalau jenih perut busuk la yang Pas calonkan, Mak Long hang tak kelapaq nak pangkah Pas time ngundi nanti... Pak Long pun tak tau nak pujuk macam mana dah neh...

Teringat kata-kata hj Karim, bekaih orang sepuloh Umno cawangan kampong Pak Long:
"Pas nampak hebat bukan pasai Pas tu kuat tapi pasai Umno tu lemah... Ramai undi Pas dulu neh bukan pasai depa sayangkan Pas tapi pasai benci teramat kat bangsawan Umno..."
Patut la dia selalu pesan kat orang Pas sendiri terutama jenih yang suka kencing kawan neh, jangan dok perasan hangpa tu hebat dan alim terlebih, tuhan marah takbur macam tuh...

Hmm... Pak Long doakan moga-moga hidayah Allah akan melata rata kat kita semua, insyallah...

Wassalam...

Allah Huakbar.... Nak PERJUANGA KALIMAH ALLAH pun jangan la ''telanjang''


GAMBAR-GAMBAR PEJUANG KALIMAH ALLAH S.W.T

"Balik dari Alor Setar tadi selisih dengan konvoi "KEMBARA PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH" anjuran UMNO & PERKASA.

Kelihatan "mujahidah dan mujahid" penuh "kewarakkan" berkonvoi bersama-sama ke Padang Sera", kata ahli kita yang kirimkan gambar nie... Itulah realitinya UMNO/PERKASA. Kalimah Allah kamu pertahankan tapi hukum Allah kamu tolak...

Mereka menghina sendiri kalimah Allah bila mana pesertanya sendiri berpakaian tidak mengikut perintah Allah. Jangan salahkan kristian bila sendiri tak kenal Tuhan. Ini macai, jangan kata baca bible dia terpengaruh. Baca komik kartun pun dia siap beriman lagi.

Apakah Rahsia Apabila 4 General (B) menyertai PR.....

Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah


Minggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan menyertai Pakatan Rakyat.
Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu. Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:-
LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat
“Pembelian melalui rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka menyebabkan rasuah menjadi-jadi. Jika di kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat sehingga bersara pada 2005 ia lebih kurang RM75 billion”
LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM
“Mengapa RM 9 billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan Kementerian Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion. Mengapa baru buat 6 petrol vessel?”
BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.
“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin jet? Kes seperti Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapan”
BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)
“Campur tangan (UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulungan profesional. Ia berluasa dan perlu diperbetulkan”
Tindakan keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk semua melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus dari kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri Pertahanan atau sesiapa yang ada di dalam kerajaan itu.