Kembali Ke Universiti Malaya adalah seumpama saya kembali kelubuk. Tempat saya bergelumang dengan dunia akademik dan perjuangan rakyat. Bertemu dengan ilmuan dan cendiakawan seolah-olah kita sedang membaca buku hidup. Kesempatan bertemu dengan Datuk Dr Mahathir Khir bekas Timbalan Menteri Pelajaran,Profesor Redzuan Osman, Professor Azizan dan lain-lain mengimbau sebentar sejarah lalu. Saya bersama Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menter iPengajian Tinggi yang juga mewakili UMNO dan YB Nurul Izzah Anwar Naib Presiden PKR dijemput untuk berwacana berkenaan survival parti politik pada pilihanraya umum ke 13. Ia dianjurkan oleh UMCEDEL atau Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya. Ia di bawah Fakulti sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.
Khalayak saya pada kali ini bukannya ahli politik seperti di Dewan Rakyat. Juga bukannya golongan muda seperti amalan saya di padang bola atau futsal atau gelanggang sepaktakraw seperti saban sore. Juga bukan golongan ulama seumpama kebiasaan saya di masjid atau tempat-tempat pengajian agama.Juga bukannya penoreh getah, peniaga kecil, rakyat marhaein yang biasa saya jumpa di pekan nat atau sehari atau di kedai-kedai minum biasa. Kali inikhalayak saya ialah cendiakawan, pengkaji, peneliti, pengamat politik dan socialyang berada di dalam kelas yang tersendiri. Juga tidak ketinggalan, pemimpin mahasiswa. Tajuknya seperti di atas.
Prof Redzuan seorang dekan dan juga pakar sejarah TimurTengah sebagai moderator; itu kehendak dan syarat university katanya, baru wacana itu boleh berjalan. Seminar berjalan sejak pagi dengan pembentangan pengerusi SPR, Datuk Dr Mahathir Khir dan lain-lain.
Sebagai pembahas pertama, saya menyebut beberapa perkara.
1. Saya menyebut tentang setiap ummat ada ajalnya “Likulli ummatin ajal”. Setiap parti atau pemerintah akan ada tempohnya. Mereka tidak boleh selama-lamnya memerintah. Saya contohkan dengan Liberal Demokratik Partidi Jepan, Suharto, Marcos dan sebagainya. Juga saya menyebut tidak ketinggalan UMNO. Apabila sesebuah parti terlalu lama memerintah ia akan terdedah untuk melakukan banyak kesilapan. Ia tidak baik untuk iklim demokrasi dan rakyat.
2. Bagi membolehkan sesebuah parti memerintah dan membentuk kerajaan, ia perlu mendapat majority kerusi dan sudah tentulah ia diterjemah melalui sokongan rakyat.
3. Juga persoalan demokrasi yang menjadi amalan dalam Negara kita yang juga boleh membawa kepada terjejasnya survival sesebuah parti. Amalan demokrasi yang tempang dan tidak demokratik yang memberi kelebihan kepada parti yang memerintah menjadi halangan kepada parti yang tidak memegang kuasa.
5. Bagi menyuburkan praktik demokrasi, sepatutnya kerajaan perlu menyediakan peruntukan untuk parti-parti yang wujud. Barulah parti tidak perlu mencari sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti dan bergerak.
6. Praktik demokrasi juga perlu menyekat penguasaan berterusan terhadap jentera kerajaan kerana ia adalah sebenarnya pencabulan terhadap hak milik rakyat sebagai pembayar cukai.
7. Kebangkitan rakyat amat perlu bagi member isyarat tentang ketempangan demokrasi, ini terbukti dengan tsunami politik 2008 yang akhirnya kebaikan kembali kepada rakyat. Demokrasi itu seperti yang ditakrifoleh sarjana “Daripada Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Rakyat”.
8. Himpunan Bersih 2007 telah memberi satu peluang kepada rakyat untuk menilai prestasi pemimpin-pemimpin baru dan segala janji yang digaris di dalam manifesto. sekiranya rakyat mahukan penambahbaikan demokrasi maka mereka perlu berani buat perubahan.
9. Saya simpulkan bagi pusingan yang pertama, demokrasi di Malaysia masih banyak kelemahan dan demokrasi di Malaysia adalah sangat terpimpin dan ala autokrasi.
Pusingan kedua saya menyebut tentang beberapa ciri politik gaya baru ala Malaysia.
1. Ia adalah politik yang mengenepikan politik perkauman dan berasas bangsa. Politik lama adalah politik yang bertunjangkan kepura-puraan. Politik baru perlu kembali kepada politik berasaskan kepada ideology yang telah terbukti keberkesanannya.Perlu ada usaha bagi mendidik rakyat agar mengubah cara berfikir. Biar rakyat menilai ideology dan dasar serta program yang lahir daripada dasar tersebut.
2. Harapan saya juga ia juga bukan lagi bebentuk politik kebendaaan dan pembangunan yang akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pembodohan rakyat dengan menggunakan media juga perlu dihentikan. ia adalah politik songsang warisan BN.
3. Politikus-politikus perlu kembali kepada peranan asal mereka membahas tentang kenegaraan dan survivalnya. bukan sekadar dilihat sebagai welfare officer.
4. Saya juga tekankan tentang peranan UMCEDEL yang perlu memaknakan semula demokrasi dan mengukur prestasi demokrasiyang ada dalam Negara.
apapun SYABAS UM. Syabas UMCEDEL.
No comments:
Post a Comment