Agensi Nukler Malaysia beri penjelasan impak letupan
KUALA LUMPUR - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi diJepun.
Beliau berkata, rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.
"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian, malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.
"Bukan sahaja di Jepun, tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lalu yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.-Bernama
No comments:
Post a Comment