Potongan sebanyak 50 peratus

PENDANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di sini, diserbu ratusan orang ramai yang ingin membuat semakan dan menjelaskan saman di saat-saat akhir dari pelbagai kawasan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai berpusu-pusu di bahagian trafik sambil menunggu giliran dari awal pagi lagi memandangkan potongan sebanyak 50 peratus ke atas setiap saman ditamatkan, semalam.
Namun dalam keadaan suasana yang riuh itu, terdapat segelintir daripada mereka terkejut apabila terdapat beberapa saman yang dikenakan tidak dilakukan mereka.
Seorang pesara penjawat mendapati lebih tiga saman dikenakan terhadap dirinya.
Shuib Mahmud dari Batu lima Alor Setar meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dikenakan saman ke atas sebuah kereta Mercedes 230 E yang bukan miliknya di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Gombak Selayang dan Tapah Bukit atas kesalahan yang sama iaitu memandu melebihi had laju.
“Saya mana mampu untuk memiliki kereta terbabit memandangkan saya hanya hanya memperoleh pendapatan pencen yang rendah sahaja.
“Kesalahan saman itu dikenakan pada 7 Januari 1999, 1 November 2000 dan 8 November 2000 atas jenis saman dan kenderaan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beberapa tahun yang lalu, dia pernah menerima surat saman itu namun telah merujuk masalah berkenaan kepada IPD Kota Setar.
Dia dimaklumkan bahawa semua saman itu telah dilupuskan, namun pada hari ini (semalam) dia dikejutkan sekali lagi dengan masalah terbabit.
“Saya hairan semua saman itu masih lagi terdapat dalam rekod.
“Jumlah semua saman yang perlu dijelaskan ialah RM250 dan saya tidak mampu untuk membayar sedangkan semua kesalahan itu bukan dilakukan oleh saya,” katanya.
Dia juga hanya memakai kereta jenis Proton Wira sahaja sehingga kini.
Katanya, dia meminta pihak berkenaan membuat penjelasan memandangkan dia bimbang disebabkan perkara itu namanya akan disenarai hitam.
Sementara itu, Mohd Sobri Awang, 47, berkata, dia turut tidak berpuas hati dengan senarai saman yang dikenakan terhadap motosikal dan keretanya memandangkan dua kenderaan itu telah lama dijual dan proses pertukaran lama telah dilakukan di JPJ.
Menurutnya, keretanya jenis Honda dan motosikal jenis Modenas Kriss telah lama dijual namun senarai saman masih dikenakan terhadap namanya.
“Saya hairan mengapa masalah ini boleh berlaku sedangkan semua urusan pertukaran nama telah dilakukan sekian lama.
“Saya meminta pihak berkenaan menyiasat masalah ini dengan segera kerana masalah ini menyusahkan orang ramai,” katanya.
Mohd Sobri menjelaskan bahawa dia datang membayar lain-lain saman ke atas kenderaan miliknya di saat-saat akhir memandangkan terpaksa mengumpul wang terlebih dahulu kerana jumlah saman yang dikenakan lebih RM2,000.
Bagi Mufti Mohammad, 48, berkata, dia enggan membayar beberapa saman yang dikenakan terhadap kereta lamanya iaitu Proton Wira memandangkan kereta itu telah dijual sejak tahun 2000 lagi namun saman yang dikenakan adalah tahun 2003, 2004 dan 2005 atas kesalahan yang sama.
“Saya dah tukar nama berkenaan di JPJ namun kenapa sistem mereka masih lagi terdapat nama saya.
“Saman yang dikenakan atas kereta terbabit adalah sebanyak RM800 namun saya enggan menjelaskan saman itu kerana ia bukan kesalahan yang dilakukan saya,” katanya.
Mufti berkata, dia terpaksa datang menjelaskan bayaran semua saman ini pada saat-saat akhir berikutan tidak mempunyai masa akibat banyak urusan yang perlu diselesaikan.
Jumlah saman itu adalah terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjelaskan bayaran memandangkan terpaksa himpun duit terlebih dahulu.
Namun bagi Azizah Awang, 57, dari Kampung Tambak Kilang Kecil berkata, dia datang di saat akhir memandangkan baru sahaja mengetahui bahawa dia juga dikenakan saman.
“Anak saya menyemak nombor kenderaan saya dan menghubungi serta memaklumkan perkara itu dan meminta saya menjelaskan hari ini (semalam) kerana dikatakan adalah hari terakhir.
“Saya terpaksa pergi menoreh getah dahulu bagi memperoleh wang untuk membayar beberapa saman ini walaupun terpaksa menunggu hampir tiga jam memandangkan kaunter pembayaran dibuka satu sahaja,” katanya.
Selain itu, Sinar Harian gagal mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini memandangkan ketua polis dan ketua trafik mempunyai urusan luar.

No comments:
Post a Comment