PENDANG - Sebut sahaja mempelam atau mangga pasti ramai yang akan kecut air liur atau disebut kembang pipi bagi penduduk Kedah.
Namun, berlainan dengan buah mempelam yang dihasilkan di Ladang Tobiar Pendang. Mempelam ini bukan seperti mempelam di tempat lain yang ada kalanya manis dan ada kalanya masam tetapi mempelam yang terdapat di ladang itu memiliki keistimewaannya tersendiri.
Ladang mempelam Tobiar yang diusahakan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) ini menghasilkan buah mempelam dan produk mempelam menggunakan jenama Tobiar Gold.
Ladang mempelam berkeluasan 42 hektar itu terletak di Mukim Tobiar dan mempunyai jumlah tanaman pokok jenis klon Chok Anan (MA 224) terkini sebanyak 18,484 pokok.
Difahamkan kawasan ladang itu pada mulanya merupakan kawasan tanah terbiar yang tidak sesuai untuk tanaman padi. Namun, idea yang dicetuskan penghulu mengenai status tanah terbiar itu menyebabkan pihak berkenaan berbincang bagi memajukan tanah itu.
Persetujuan semua pihak dicapai untuk menjadikan tanah itu sebagai ladang bagi tanaman mempelam.
Ladang mempelam Tobiar itu diusahakan Mada pada 2002. Kerja membangunkan kawasan itu dan membina sistem perairan yang sistematik sekitar kawasan ladang dilakukan bagi menjamin pertumbuhan pokok mempelam yang baik.
Tanam pokok ikut fasa
Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Seksyen Tanaman Komersial Ibu Pejabat Mada Alor Setar, Hamzah Din berkata, pokok mempelam di ladang itu ditanam mengikut fasa yang dibahagikan kepada empat.Fasa pertama ditanam pada 2003 yang bermula dengan tanaman 7,236 pokok dan dikuti dengan fasa berikutnya yang tamat pada fasa keempat.
Menurutnya, objektif utama ladang itu adalah menjadi ladang nukleus, pusat pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran buah mempelam, pusat pengembangan teknologi mempelam dan dijadikan pusat latihan amal teknologi mempelam.
Buah mempelam dan produk mempelam yang dikeluarkan di ladang Mada ini menggunakan jenama Tobiar Gold sempena nama tempat ia ditanam dan buah yang berwarna kuning keemasan.
Mempelam Tobiar Gold gold mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila ia bukan sahaja sedap dan berkhasiat, tetapi ia juga berbau harum serta setanding dengan buah yang dikeluarkan di tempat lain.
Malah , rasanya juga lebih manis dari buah di kawasan lain dengan purata kandungan gula sejumlah 25 peratus.
Hamzah berkata, selain pengeluaran buah mempelam segar, pihak Mada melalui usahawan bimbingannya turut mengeluarkan produk berasaskan mempelam dengan menggunakan puri buah mempelam Chok Anan dari ladang ini.
Terima lebih 10,000 pelawat
Antara jenis produk yang dihasilkan melalui puri buah mempelam dari ladang ini iaitu gula-gula perisa mangga, serbuk dadih perisa mangga, sos mangga bercili, jem mempelam, jus mangga, minuman yogurt mangga, bes minuman mangga, dan beberapa produk lain.
“Selain jualan segar di ladang itu dengan harga RM5 sekilo dan jualan di luar seperti Pasar raya Giant, lapangan terbang, beberapa pasar raya dan luar negara iaitu Singapura yang harganya hampir mencecah RM17 untuk dua kilo memandangkan rasanya dan bungkusannya adalah lebih sistematik.
“Sempena musim buah kira-kira Jun sehingga Ogos pihak Mada merancang akan mengadakan program memancing dan berbasikal mengelilingi ladang mempelam dan program Jom makan mempelam.
"Ia bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Pendang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ladang mempelam.
Hamzah berkata, pihak Mada juga mempelawa mana-mana pengunjung yang ingin membuat lawatan ke ladang ini dan menyediakan pakej murah bagi mengadakan apa sahaja aktiviti dalam ladang ini.
“Ladang ini juga menerima lebih 10,000 pelawat pada 2010 daripada pelbagai jabatan, institusi pendidikan, pelawat luar negara yang datang melawat ke sini.
“Pihak Mada ada bekerjasama dengan dua hotel di Alor Setar yang bekerjasama menyediakan pakej lawatan ke ladang ini,” katanya.
Hamzah berkata, pihak Mada menganggarkan hasil pengeluaran sebanyak lima tan pada 2010 dengan hasil pendapatan yang diperoleh iaitu RM208,000 manakala hampir setengah juta hasil yang berjaya diperoleh dari ladang itu termasuk produk proses.
Beliau turut menyarankan agar mana-mana peladang yang mempunyai tanah terbiar di bawah perkhidmatan Mada dapat menanam tanaman pokok mempelam kerana yakin tanaman ini dapat menjana pendapatan lumayan.
Sinar Harian juga difahamkan mempelam Tobiar Gold juga mempunyai akreditasi Sijil Amalan Baik Ladang Malaysia yang diterima pada Jun 2006 dan sijil Malaysia Beat pada Julai 2007. Justeru, ladang mempelam berkenaan mempunyai potensi untuk dijadikan projek agro pelancongan wilayah utara.

No comments:
Post a Comment