Jangan sekadar hero kampung

ALOR SETAR - Individu yang berlagak menjadi hero kampung dalam majlis persidangan perwakilan semata-mata ingin menjatuhkan air muka orang lain perlu mengubah sikap mereka dengan menganggapnya sebagai tempat berjuang serta menegur secara elok.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, mereka perlu membetulkan niat untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan Wanita UMNO dari peringkat atas hingga ke akar umbi.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, berkata setiap perwakilan perlu memainkan peranan untuk menjadi orang kepercayaan di peringkat cawangan bagi menyampaikan pesanan atau amanat secara jelas.
“Cabaran pada kepimpinan UMNO semakin hebat dan kita perlu berusaha gigih untuk meraih kembali sokongan rakyat, terutama menarik golongan muda supaya bersama-sama kita meneruskan perjuangan.
“Selain itu, setiap program yang bakal dilaksanakan perlu diremajakan bagi memastikan sesuai disertai oleh semua peringkat,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah yang juga Setiausaha Wanita UMNO Kedah, Noor Hasita Mat Isa.
Menurutnya, golongan muda perlu ada semangat gigih untuk berjuang mempertahankan negara tercinta dan membuang sikap tidak ingin mengambil tahu tentang perkembangan politik semasa.
“Kalau kita tanya pada golongan muda, ramai akan jawab maaf, tidak minat politik sedangkan siapa yang bagi biasiswa? Bukankah kerajaan?
“Saya fikir mereka perlu menggunakan peluang yang ada, terutama ketika cuti semester untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain menyumbang sesuatu untuk masyarakat bagi mendapat pengalaman berguna,” kata Mashitah.

No comments:
Post a Comment