
Tumpuan untuk perebutan jawatan nombor dua dalam PAS kini beralih kepada naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula apabila ulama popular itu dilihat sebagai penentu kemenangan calon-calon yang bertanding.
Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.
Pemerhati politik berpendapat, sekalipun Tuan Ibrahim (kiri) terus menolak hasrat akar umbi PAS untuk bertanding, beliau masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun ini.
Ini kerana, ketika beliau berterusan menepis pujukan dan desakan, Tuan Ibrahim tetap mendapat jumlah pencalonan ketiga terbesar selepas Nasharudin dan Mohamad.
Ketiga-tiga mereka bersaing rapat dengan perbezaan tidak sampai sepuluh undi.
Walaupun jawatankuasa pemilihan PAS membuat keputusan tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap pihak,Malaysiakini difahamkan Mohamad mendahului dengan pencalonan dari sekitar 47 kawasan, diikuti Nasharudin (43) dan Tuan Ibrahim (39).
Turut layak untuk bersaing Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahuddin Ayob dan bekas naib presiden Husam Musa (pertama dari kiri).
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun difahamkan mendapat tidak sampai sepuluh pencalonan dan dipercayai tidak akan turut sama bersaing.
Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.
Pemerhati politik berpendapat, sekalipun Tuan Ibrahim (kiri) terus menolak hasrat akar umbi PAS untuk bertanding, beliau masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun ini.Ini kerana, ketika beliau berterusan menepis pujukan dan desakan, Tuan Ibrahim tetap mendapat jumlah pencalonan ketiga terbesar selepas Nasharudin dan Mohamad.
Ketiga-tiga mereka bersaing rapat dengan perbezaan tidak sampai sepuluh undi.
Walaupun jawatankuasa pemilihan PAS membuat keputusan tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap pihak,Malaysiakini difahamkan Mohamad mendahului dengan pencalonan dari sekitar 47 kawasan, diikuti Nasharudin (43) dan Tuan Ibrahim (39).
Turut layak untuk bersaing Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahuddin Ayob dan bekas naib presiden Husam Musa (pertama dari kiri). Ketiga-tiga mereka bagaimanapun difahamkan mendapat tidak sampai sepuluh pencalonan dan dipercayai tidak akan turut sama bersaing.
No comments:
Post a Comment