
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akur terhadap perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dan menjelaskan tunggakan berjumlah RM749,000 kepada Syarikat Veecan Management Sdn Bhd, semalam.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bayaran itu dibuat sejurus selepas syarikat terbabit memulakan proses menyita MBAS.
Menurutnya, sebelum penyitaan dilakukan, MBAS ada membuat rayuan kepada Pengarah Urusan syarikat terbabit, Datuk Ir Ismail Said, supaya menilai semula jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh MBAS.
“Saya memohon diberikan tempoh 14 hari, dan meminta bayaran yang tiada invois dan laporan tidak dikira dalam jumlah yang penuh memandangkan tiada pihak yang dapat mengesahkannya, beliau boleh menggunakan budi bicaranya sebelum bertindak menyita MBAS namun enggan.
“Sebaliknya beliau menawarkan tempoh 21 hari kepada MBAS dengan syarat bayaran yang tidak mempunyai invois dan laporan itu turut dilunaskan. Itu saya tidak boleh terima dan MBAS hanya akan membuat bayaran berdasarkan keputusan mahkamah,” katanya kepada media.
Sementara itu, tempoh sitaan ke atas MBAS hanya memakan masa kira-kira dua jam sahaja memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membuat pembayaran kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurutnya, kes itu berlarutan sejak 2009 apabila wujud pertelingkahan antara MBAS dengan Syarikat Veecan Management Sdn Bhd, yang membuat tuntutan sedangkan berdasarkan prosedur kewangan, MBAS tidak boleh membuat bayaran akibat kegagalan syarikat terbabit mengikut garis panduan dalam perjanjian awal.
“Dalam perjanjian itu, syarikat berkenaan bertanggungjawab memasang alat penjimatan elektrik pada lampu-lampu jalan, dan perlu membuat tuntutan berserta laporan yang disahkan juruteknik kedua-dua pihak, kepada MBAS sebelum 7 hari bulan setiap bulan, namun ia tidak berlaku.
“Apabila disemak semula perjanjian, ada klausa yang menyatakan MBAS tidak boleh bayar jika syarikat itu tidak menyatakan laporan keberkesanan alat itu, jadi MBAS tidak bayar,” katanya.
Beliau berkata, kes itu dibawa ke mahkamah dan sudah memutuskan syarikat terbabit berjaya serta MBAS diarahkan membayar RM749,000 kepadanya.
“Dulu, kedua-dua pihak tidak mengikut perjanjian, tetapi selepas ini MBAS akan kembali kepada perjanjian, jika mereka ikut perjanjian, MBAS akan bayar.
“MBAS bukan tiada duit sebaliknya tidak mahu buat pembayaran kerana tidak ikut syarat. Ini melibatkan duit orang awam,” katanya.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bayaran itu dibuat sejurus selepas syarikat terbabit memulakan proses menyita MBAS.
Menurutnya, sebelum penyitaan dilakukan, MBAS ada membuat rayuan kepada Pengarah Urusan syarikat terbabit, Datuk Ir Ismail Said, supaya menilai semula jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh MBAS.
“Saya memohon diberikan tempoh 14 hari, dan meminta bayaran yang tiada invois dan laporan tidak dikira dalam jumlah yang penuh memandangkan tiada pihak yang dapat mengesahkannya, beliau boleh menggunakan budi bicaranya sebelum bertindak menyita MBAS namun enggan.
“Sebaliknya beliau menawarkan tempoh 21 hari kepada MBAS dengan syarat bayaran yang tidak mempunyai invois dan laporan itu turut dilunaskan. Itu saya tidak boleh terima dan MBAS hanya akan membuat bayaran berdasarkan keputusan mahkamah,” katanya kepada media.Sementara itu, tempoh sitaan ke atas MBAS hanya memakan masa kira-kira dua jam sahaja memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membuat pembayaran kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurutnya, kes itu berlarutan sejak 2009 apabila wujud pertelingkahan antara MBAS dengan Syarikat Veecan Management Sdn Bhd, yang membuat tuntutan sedangkan berdasarkan prosedur kewangan, MBAS tidak boleh membuat bayaran akibat kegagalan syarikat terbabit mengikut garis panduan dalam perjanjian awal.
“Dalam perjanjian itu, syarikat berkenaan bertanggungjawab memasang alat penjimatan elektrik pada lampu-lampu jalan, dan perlu membuat tuntutan berserta laporan yang disahkan juruteknik kedua-dua pihak, kepada MBAS sebelum 7 hari bulan setiap bulan, namun ia tidak berlaku.
“Apabila disemak semula perjanjian, ada klausa yang menyatakan MBAS tidak boleh bayar jika syarikat itu tidak menyatakan laporan keberkesanan alat itu, jadi MBAS tidak bayar,” katanya.
Beliau berkata, kes itu dibawa ke mahkamah dan sudah memutuskan syarikat terbabit berjaya serta MBAS diarahkan membayar RM749,000 kepadanya.
“Dulu, kedua-dua pihak tidak mengikut perjanjian, tetapi selepas ini MBAS akan kembali kepada perjanjian, jika mereka ikut perjanjian, MBAS akan bayar.
“MBAS bukan tiada duit sebaliknya tidak mahu buat pembayaran kerana tidak ikut syarat. Ini melibatkan duit orang awam,” katanya.
No comments:
Post a Comment