Saturday, August 20, 2011

Al-Fatihah : Azizi Hj Abdullah kembali ke rahmatullah

images/stories/OGOS2011/azizi hj. abdullah.jpgALOR SETAR, 21 Ogos – Azizi Hj. Abdullah, sasterawan yang telah memenangi banyak anugerah sastera telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Allahyarham telah dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang sejak enam bulan lalu akibat tekanan darah tinggi dan komplikasi buah pinggang.

Kediaman Allahyarham di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan setakat ini masih belum diketahui di mana Allahyarham akan disemadikan.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942 dan mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia) hingga tahun 1965.

Allahyarham mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an. Arwah mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat Allahyarham melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Allahyarham telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah. Alllahyarham juga adalah bekas kolumnis Warta Darul Aman, akhbar rasmi kerajaan Negeri Kedah.



Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Allahyarham sejak tahun 60-an lagi di samping hampir 200 cerpen.

No comments:

Post a Comment