ALOR SETAR - Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) tidak wajar menyerahkan kontrak kerja penyelenggaraan jalan kepada syarikat usaha sama yang ia mempunyai kepentingan kerana menjejaskan peluang kontraktor Kelas F.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK), Ahmad Fatahi Omar berkata, peluang syarikat terbabit untuk mendapat kontrak adalah cerah kerana ia ada hubungan dengan GLC melalui pemilikan saham dalam syarikat atau individu tertentu.
Sebaliknya, beliau berkata, GLC perlu berlaku adil dengan menawarkan sebahagian kontrak penyelenggaraan jalan yang dianggarkan bernilai RM50 juta setahun kepada ahli persatuan supaya sama dapat menikmati hasilnya.
Menurutnya, daripada 3,000 kontraktor yang terdapat di Kedah, 2,500 adalah dalam kalangan kontraktor Kelas F dan seperti tahun sebelumnya, mereka sentiasa mengharapkan projek Kerajaan Negeri.
“Projek penyelenggaraan jalan membabitkan menurap semula jalan, memotong rumput, memasang dan mencuci longkang dan pemasangan papan tanda.
“Jika diteruskan amalan pemberian kontrak kepada GLC dan syarikat usahasama, kami khuatir ia akan mewujudkan masalah ‘sleeping partner’ berbanding kontraktor Kelas F yang mengusahakannya sendiri,” katanya selepas menyerahkan memorandum di Wisma Darul Aman, semalam.
Memorandum itu yang dialamatkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diterima Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Setakat ini, dua GLC yang diberi kontrak untuk kerja penyelenggaraan jalan ialah Syarikat Bina dan Kuari Kedah Sdn Bhd (Binak) dan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd.
Ahmad Fatahi berkata, kebanyakan kontraktor Kelas F tidak mendapat sebarang projek melalui amalan itu ia amat membimbangkan jika diteruskan.
“Kami memohon Kerajaan Negeri memberi pertimbangan sewajarnya dan berharap kaedah pemberian projek melalui syarikat usaha sama dengan GLC tidak dilaksanakan pada tahun ini.
“Bagi kami kaedah lama yang diguna pakai melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelaraskan kerja seperti memanggil sebut harga dan kerja undi masih relevan kerana terbukti ketelusan serta menguntungkan Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau juga mengalu-alukan jika Kerajaan Negeri dapat membuat penambahbaikan tanpa menjejaskan hak-hak kontraktor Bumiputera, terutama Kelas F.
Sementara itu, Phahrolrazi berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada Azizan selain berbincang mengenai cadangan persatuan berkenaan.
Beliau berkata, pemberian kontrak pada tahun ini belum dikeluarkan dan kini dalam proses menyediakan surat penerimaan untuk ditawarkan kepada GLC terbabit.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9434572.asp

No comments:
Post a Comment