![]() |
Sazni Shafie ditemani ibunya, Siti Wan Abdullah, ketika menerima sumbangan Aidilfitri di Sik, kelmarin. |
Shafie Osman, 58, berkata, dia dan isterinya, Siti Wan Abdullah, 48, kecewa kerana anaknya masih belum menerima bantuan orang kelainan upaya (OKU) JKM, yang sudah lama dipohon.
“Apabila perkara ini dirujuk kepada pegawai jabatan itu di daerah Kuala Muda, mereka memberi alasan anak saya tidak layak untuk menerima bantuan itu,” katanya.
Beliau ditemui Mingguan Malaysia selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 100 OKU anjuran Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) di Dewan Serbaguna Daerah Sik Kampung Gajah Mati Jeneri, di sini semalam.
Shafie berkata, pergerakan badan anaknya amat terhad dan kebanyakan masa hanya terlantar di rumah di Kampung Baru, Jalan Kalai di sini akibat penyakit tersebut.
Menurutnya, segala keperluan harian seperti makan minum, mandi terpaksa diuruskan oleh isterinya,
Dia berkata, Sazni berhak dan sepatutnya layak menerima bantuan berkenaan bagi menampung keperluan hariannya.
Katanya, setakat ini, anaknya hanya mendapat bantuan RM50 sebulan daripada Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bukit Selambau.
“Wang sebanyak itu memang tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidupannya dalam masa sebulan,” katanya lagi.
Menurut Shafie, dulu dia hanya bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah berhenti kerana tidak berdaya lagi melakukan kerja itu.
“Sekarang saya menoreh getah pula,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, pihaknya akan berusaha membantu OKU yang masih gagal menerima bantuan dari pihak berkenaan.
“Kita bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri itu dan bersedia membantu mereka,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
No comments:
Post a Comment