BALING - Seramai 70 anak yatim Rumah Yakin Al-Wadi teruja apabila mereka berpeluang menaiki kereta Toyota Wish sempena program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata yang berlangsung di pertubuhan berkenaan.
:Program anjuran Kumpulan Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan Kelab Wish dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia itu berlangsung seretak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Kuantan dan juga di Baling.
Penyelaras program, Rozmi Mat Daud berkata, program itu bertujuan membantu anak-anak yatim di seluruh Malaysia.
“Baju yang disumbangkan adalah baju baru dan bukannya pakaian terpakai. Ia adalah sumbangan dari penyokong kumpulan ini. Selain itu, Kelab Wish Malaysia turut menyampaikan sumbang wang ringgit kepada anak-anak yatim berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pemilik Toyata Wish berbesar hati untuk membawa anak-anak yatim itu bersiar-siar bersama kenderaan mereka di sekitar Baling.
“Kumpulan ini akan terus bergerak dan mencari anak-anak yatim yang memerlukan, agar dapat mengembalikan senyuman mereka,” katanya selepas menyerahkan simbolik sumbangan pakaian kepada pengasas Rumah Yakin Al-Wadi, Mat Daud Abdul Rahman.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Kedah, Masnoor Asharri berkata, program seperti itu ternyata dapat mengembalikan senyuman anak yatim yang serba kekurangan.
“Secara peribadi, saya menyokong penuh dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan ini” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Mat Daud bersyukur dengan sumbangan yang diberikan semua pihak.
Dalam pada itu, Mat Daud turut mengatakan, pertubuhan itu masih memerlukan dana dari mana-mana pihak yang bersimpati kepada anak-anak yatim, di sini.
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Islam, 02048010013676 ataupun Bank Simpanan Nasional Rumah Yakin Al-wadi 0210041000001622.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9429515.asp

No comments:
Post a Comment