Friday, September 16, 2011

NAJIB Sedang Laksanakan Tawaran 'Buku Jingga' Sebenarnya..!!

Mansuh ISA: Ternyata Akhirnya Najib 'Terpaksa' Tunduk Dan Ciplak Tawaran Dalam Buku Jingga Yang Dijanjikan Pakatan Rakyat Itu Sebenarnya!

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Biarpun pengumuman Perdana Menteri malam kelmarin dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto). Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib. "Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham. "Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya. "Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan UMNO BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British. "Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya lagi.

[Nampaknya, tindakan Najib itu jelas sekali membuktikan beliau kini memang terdesak untuk kembali memenangi hati rakyat. Dengan memansuhkan ISA dan juga beberapa akta lain yang mahu dikaji melambangkang bahawa semua undang-undang itu adalah sudah tidak relevan sama sekali. Malah, akta-akta tersebut sudah ketinggalan zaman dan dicipta oleh penjajah British dalam usaha mengekang kemaraaan suara rakyat itu sebenarnya. Namun, harus diingat biar apa pun undang-undang dikaji atau dibatalkan, tetapi rakyat secara majoritinya mahu agar Najib dan Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini. Itulah asasanya dalam menjamin kelangsungan pentabdiran dan politik negara. Jika asasnya sudah tidak betul, maka sudah pasti yang lainnya akan turut sama. Oleh itu, rakyat perlu sedar dan berhati-hati dengan tindakan kerajaan ini. Malah, kita menjangkakan lebih banyak tawaran Buku Jingga akan diciplak Najib dalam Bajet 2011 nanti].

No comments:

Post a Comment