Air kolam renang Sukan SEA boleh diminum
SAMBIL menyelam, minum air. Atlet acara akuatik di Palembang pasti dapat menghilang dahaga dengan percuma selepas air kolam bagi acara terjun dan renang pada Sukan SEA 2011 November ini didakwa bersih dan boleh terus diminum.
Ketua Agensi Kerja Raya Sumatera Selatan, Rizal Abdullah dipetik akhbar Republika seba- gai berkata, kolam renang di Kompleks Sukan Jakabaring yang kini diperingkat akhir penyiapannya, akan diisi dengan air yang boleh diminum hasil keluaran Perusahaan Air Minum Jakabaring.
"Kapasiti air bersih tersebut cukup banyak, bukan sahaja untuk mengisi kolam renang bersaiz antarabangsa bagi temasya tersebut tetapi juga mampu menampung keperluan air bersih bagi perumahan sekitar," katanya.
Sebelum ini, konsultan pembangunan kolam renang tersebut, Lukman Niode berkata, kolam itu boleh diisi air dari pelbagai sumber lain kerana venue tersebut mempunyai alat pember- sih air secara automatik.
Katanya, air kolam renang tersebut akan ha- nya diisi sekali bagi acara akuatik dan pember- sih automatik akan membersihkan air tersebut di sepanjang temasya.
Indonesia akan menganjurkan Sukan SEA ke-26 di dua venue utama iaitu di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 22 November depan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment