ALOR SETAR - Hampir 80 peratus tunggakan cukai yang ditanggung oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sekarang ini membabitkan cukai pintu.
Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, 20 peratus lagi membabitkan penyewaan premis dan tapak gerai.
Beliau berkata, jumlah tunggakan yang direkodkan setakat ini ialah kira-kira RM18 juta.
“Kita tidak pasti punca sebenar mereka enggan menjelaskan bayaran kerana kadar cukai pintu dan sewa yang dikenakan adalah pada kadar munasabah.
“Harga sewa premis itu jauh lebih rendah daripada sewaan premis milik swasta manakala kadar cukai pintu adalah selaras,” katanya yang tidak menolak kemungkinan sikap pemilik bangunan dan penyewa yang menjadi antara faktor kepada masalah itu.
Bercakap kepada media pada rumah terbuka MBAS semalam, Mat Noh berkata, ia akan menjalankan operasi penguatkuasaan termasuk menyita premis dan rumah yang mempunyai tunggakan hutang melebihi RM2,000, bermula minggu hadapan.
Ini kerana sepanjang dua bulan lalu, MBAS masih lagi memberi kelonggaran terhadap pemilik rumah dan penyewa gerai atau premis.
“Mulai minggu hadapan, kita akan mengadakan operasi sitaan bagi penyewa premis serta rumah yang belum menjelaskan cukai pintu sama ada tunggakan bagi tahun ini atau tahun terdahulu.
“Sekarang ini, MBAS sedang dalam proses mengeluarkan notis E dan notis F kepada individu terbabit, sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.
Sehubungan itu, pemilik rumah dan penyewa premis perlu segera menjelaskan tunggakan bagi mengelakkan berlaku kesulitan pada masa akan datang.
“Malah pegawai MBAS akan turun padang untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyewa,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment