Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal, keluarga yang bermasalah, orang kurang upaya dan golongan yang berpendapatan rendah, kerajaan negeri Kedah menyediakan pelbagai program dan skim untuk membantu mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Aishah Ghazali berkata, perancangan kerajaan negeri adalah untuk membantu golongan yang berada di bawah paras kemiskinan.
Oleh itu, katanya, kerajaan negeri mengadakan kursus penghasilan produk makanan kepada ibu tunggal, memberikan bantuan kepada golongan OKU dan menyediakan kursus latihan sambil belajar kepada golongan tertentu.
Beliau berkata demikian semasa berucap di sesi penggulungan Bajet 2012 di Wisma Darul Aman.
“JKM juga menyediakan geran pelancaran atau modal sebanyak RM300 kepada pelanggan atau penerima bantuan JKM yang mempunyai kemampuan bagi menguruskan sesuatu perniagaan,” terangnya.
Tambah Ustazah Aishah, kerajaan negeri mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negeri Kedah 2011 hingga 2015 dan Jawatankuasa Pembangunan Keluarga yang ianya diwujudkan untuk mengenalpasti gejala-gejala yang berlaku dalam masyarakat hari ini seperti gejala pembuangan bayi, penderaaan dan tidak memberi nafkah.
Beliau berharap pelan tersebut akan digunakan di setiap daerah dan NGO wanita untuk terus melaksanakan pelan itu agar masalah tersebut dapat berkuranagn.
“Selain itu, apabila kerajaan negeri melihat situasi sekarang ini iaitu kos sara hidup meningkat maka pada tahun 2010 kajian mengenai kertas dasar JKM dibuat semula dan satu keputusan di buat iaitu sumbangan bantuan am kerajaan negeri sebanyak RM80 akan dinaikkan hampir seratus peratus iaitu kepada RM150. Oleh itu, secara tidak langsung menyebabkan kenaikan bajet untuk dasar baru JKM iaitu sebanyak RM5.4 juta.
“Sementara itu, sekiranya berlaku bencana besar, kos pemindahan dari rumah ke pusat pemindahan dan kos pembiayaan makanan akan dibiayai oleh JKM. Jika tidak lagi berada di bawah pusat pemindahan maka itu bukan lagi di bawah tanggungjawab JKM,” katanya.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM500 ribu untuk mangsa bencana dan ada juga perbelanjaan di luar jangka iaitu boleh digunakan sehingga RM1.5 juta. Oleh itu, jika berlaku sebarang bencana sila adukan kepada JKM untuk disampaikan sumbangan tersebut kepada pihak yang berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa Skim Kafalah hanya diberikan kepada sesebuah keluarga yang berpendapatan RM720 ke bawah ataupun purata pendapatan perkapita RM180 dan tidak berikan kepada semua kematian.

No comments:
Post a Comment