Oleh Mat Sera
Sudah agak lama saya tak menjengok Kedahlanie. Memang ada perubahan dari segi keterampilannya tapi isinya masih ditahap lama. Puak-puak PAS masih lagi dengan maki hamun, menyerang peribadi pemimpin. Sekali-sekali terfikir juga bertemadunkah depa ni. Tak kisahlah mungkin itu budaya PAS yang tak mungkin boleh dipisahkan mau pun pada peringkat penyokong atau kepimpinan parti. [Admin - walaupun anda kata sedap kat kami...kami siarkan jugak artikal anda ini....almaklumlah... artikal lepas semangat balik mengata kat DAP di PWTC....]
Kisah pingitan DUN Bandar Baharu bukanlah kisah baru. Kerajaan PAS bukanlah puncanya. Ianya bermula sejak pemerintahan BN lebih 50 tahun yang lalu. Daerah Sik, Baling, Langkawi, Kuala Nerang dahulunya setanding dengan Daerah Bandar Baharu telah melangkah jauh kehadapan meninggalkan sejarah kedaifan rakyatnya tapi rakyat Bandar Baharu masih meniti sejarah yang diwarisi oleh keluarga terdahulu. Sebut sahaja nama ADUN UMNO seperti Dato Hj. Zainuddin, Ismail Dahalan, Abd. Majid Itam, Man Md.Aji, Ustaz Fisol, Azmi Daim kesemuanya tidak terasa di sanubari rakyat Bandar Baharu yang boleh dibanggakan dengan sumbangan pembangunan. Malahan ada di antaranya adalah EXCO tapi tidak mahu menggunakan kedudukannya sedikit pun untuk membangunkan daerah ini. Keutamaan mereka hanyalah untuk membangunkan siasah peribadi dan mengumpul harta keluarga dan kroni. Dahulunya pakan Bandar Baharu yang bersempadan dengan Parit Buntar kala tahun 60an masih lagi bernafas dengan aktiviti-aktiviti perniagaan dan pentadbiran dengan adanya kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan. Pembinaan jambatan yang menghubungkan pekan Bandar Baharu dengan Parit Buntar sepatutnya dimanfaat untuk membawa pembangunan standing dengan Pekan Parit Buntar tapi keputusan memindahkan pusat pentadbiran daerah ke Serdang tidak sedikit pun membawa manfaat kepada rakyat daerah ini.
DUN Bandar Baharu dalam perfektif peribadi saya adalah DUN selamat untuk BN. Ianya boleh diibaratkan berada di tanah tinggi dan pada ketika itu tiada kekuatiran berlakunya banjir. Tapi tsunami yang berlaku dalam PRU12 menenggelamkan juga DUN ini. Saya tidak dapat menelah sama ada timbul kesedaran mendalam pemimpin UMNO untuk membaiki kepincangan dalaman dan luaran yang dapat mengembalikan keutuhan parti. Kalau adapun rakyat telah kenal dan manli dengan kerenah pemimpin sama ada peringkat cawangan atau bahagian. UMNO Bandar Baharu memerlukan penjenamaan semula yang memerlukan pengorbanan bagi membantu Dato Aziz memenangi semula hati rakyat. Penat lelah beliau sekarang yang tidak mengenal siang malam akan menjadi sia-sia dengan masih adanya suku sakat pemimpin UMNO dahulu yang membayangkan keangkuhan kesombongan kerakusan dan kezaliman UMNO semasa di bawah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Tapi itu hak UMNO untuk melakukan perubahan. Sekiranya UMNO Bandar Baharu tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar ianya akan pupus seperti pupusnya dainasour dari alam bumi ini.
Kembali kepada kisah kedana DUN saya ini. Sebaik sahaja pemerentahan negeri diambil oleh PAS, rata-rata rakyat mengharapkan satu perubahan yang ketara keatas kehidupan rakyat. Yang sangat-sangat mengharapkannya ialah orang-orang Tionghua yang sanggup melepaskan pegangan politik mereka demi mengejar kepentingan ekonomi dan janji-janji retorik PAS dan PKR. Dengan penoh semangat PAS membuka pejabat khidmat ADUN selepas 2 minggu pilihanraya. Maka sibuklah kuncu-kuncu Ustaz Yaakob melayan aduan dari rakyat tanpa menyedari itu hanyalah drama realiti PAS yang disadur dari hikayat DAP. Sebulan selepas itu sudah tidak kelihatan lagi kerancakan di pejabat ini malahan taukehnya pun kadang-kala ada tapi selalunya tiada kononnya sibok dengan mesyuarat di Alor Setar. Malahan tersibar kisah ADUN dah pindah dari Serdang ke Kulim. Tertipu lagi rakyat Bandar Baharu.
Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Daerah Bandar Baharu. Tiada hospital, tiada kompleks sukan untuk anak-anak muda, tiada kilang untuk mencari pekerjaan, letrik terputus setiap hari. Bagi satu daerah hanya terdapat sebuah bank sahaja. Rata-rata penduduknya kais pagi makan petang. Mujurlah harga getah yang tinggi kebelakangan ini dapat sedikit sebanyak membantu rakyat yang telah lama dahagakan kehidupan selesa. Perbelanjaan harian sekarang telah meningkat. Kalau dahulu cukup RM10 sahari tetapi sekarang RN30 belum tentu cukup. Itu baru belanja harian tidak termasuk sekolah anak-anak dan sakit demam. Hendak mengharapkan perancangan dari majlis daerah bagi membantu rakyat, ahli-ahlinya pun sekadar lulusan SPM dan tidak berwawasan tapi pandai bercakap dan sentiasa mencari kesempatan untuk kepentingan diri.
Tidak dinafikan bahawa populariti Ustaz Yaakob memang tinggi dikalangan rakyat DUN Bandar Baharu. Beliau popular dengan jolokan ADUN Halimunan. Sejak berlakunya persengketaan beliau dengan Ustaz Hasan Razak dalam merebut jawatan YDP PAS Kawasan beliau telah tidak dapat dikesan dan telah tidak melawat kawasan. Kenyataan ini mungkin dinafikan oleh khadam-khadam beliau tapi rakyat tahu akan hakikat sebenarnya. Malahan ada cerita bahawa selepas kekalahan beliau tempoh hari dan apabila kuncu-kuncunya tidak dilantik semula sebagai ahlimajlis beliau pernah mengugut untuk meletak jawatan ADUN. Tapi tahu-tahulah ugutan orang PAS, macam gulai basi. Keadaan demikian berlarutan sehingga sekarang – tiada khidmat masyarakat dan tiada aktiviti yang dibuat untuk memungkinkan bantuan kepada rakyat. ADUN gulai basi ini sudah pasti tidak akan dicalonkan semula tapi bagi PAS kawasan, kredibiliti ADUN nya tidak menggusarkan parti kerana mereka ada sentuhan ajaib dari pengundi-pengundi Cina dan India yang kononnya memberi sokongan tidak berbelah bagi. Pada PAS biar sahaja kampong tergadai asalkan menang sorak macam Pak Pandir.
Saya akui sekiranya PRU13 diadakan sekarang PAS masih dapat mempertahankan DUN ini. Rakyat masih meluat dengan UMNO. Luka yang terguris memang sukar dilupakan. Pemimpin UMNO sedar akan hakikat ini. Usaha-usaha yang dijalankan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat tidak memadai. UMNO memerlukan sentuhan ajaib dalam mendapatkan semula undi orang Cina dan India. Perlu diingat bahawa cita rasa mereka adalah berbeza dengan orang Melayu. Ada sesuatu yang pelik berlaku dalam percaturan politik daerah ini. Walau pun PAS tidak berupaya memenuhi kehendak orang Cina dan India ini tapi mereka tetap memberi sokongan kepada PAS dan PKR. Datuk Aziz dan Datuk Husin kenalah kaji polimik ini dan ekplotasi akan titik kelemahan kaum-kaum ini.
Kepimpinan UMNO dibawah Datuk Aziz sememangnya berbeza dari kepimpinan abang beliau. Tapi yang silapnya hanyalah beliau adik bekas ketua bahagian yang dibenci oleh rakyat. Selagi nama ketua bahagian dulu itu masih berada dalam senarai kepimpinan bahagian selagi itulah rakyat menganggap beliau adalah klon Tan Sri Kadir. Dalam hal ini pengorbanan besar perlu dibuat oleh individu-individu tertentu untuk menyelamatkan UMNO. Faham-faham lah maksud saya. Dan kalau dibandingkan kepimpinan Datuk Aziz dengan Ustaz Yaakob memang ketara perbezaannya. Ustad Yaakob sudah tak ada mood untuk berkhidmat, dah tinggalkan medan pertempuran mencari tempat sembunyi yang selamat sebelum menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Datuk Aziz pula walau pun gagal dalam PRU12 tapi terus memberi khidmat kepada rakyat tanpa memperdulikan siapa yang memerentah. Cuma yang terparut hanyalah dakyah PR yang memainkan sentiment anti cina. Tapi kaum Cina perlu ingat bahawa sebelum PRU12 semasa sokongan di beri kepada BN, PAS menjaja bahawa orang cina adalah pencacai kepada UMNO dan menyamakan kekapiran mereka dengan orang UMNO. Ini sudah dilupakan dan mereka sekarang mendabit dada kerana memenangkan PAS. Orang Cina dan India perlulah sedar bahawa kemewahan yang mereka miliki sekarang adalah hasil usaha BN yang diterajui oleh UMNO. PAS walau pun berjanji tapi tidak akan mampu memakmurkan kaum ini walau pun sekiranya mereka berjaya mengambil Putrajaya. Parti-parti dalam PR akan berdepan dengan tuntutan dalaman yang pastinya akan memporak-porandakan rakyat. Kepada orang Melayu dalam DUN Bandar Baharu, inilah masanya kita mengembalikan maruah bangsa mencapai kesepaduan untuk tunjangan pemerintahan daerah ini yang selama ini dipegang. PAS telah gagal dalam tempoh percubaan perkhidmatan dan perlu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada UMNO yang lebih berwibawa untuk memerintah.
Saya diberi kesempatan minggu ini menghadiri Persidangan Agung UMNO. Setibanya saya dihotel penginapan – KL International – saya berasa kekok kerana dikelilingi oleh orang-orang UMNO yang dahulunya saya mempunyai prejudis keatas mereka. Semasa menunggu pendaftaran saya bersua dengan beberapa orang bekas pengerusi MKK yang juga sedang mendaftarkan diri menginap dihotel tersebut. Mereka semua ini sehaluan dengan saya yang kembali kepada perjuangan orang Melayu. Yang paling mengejukan saya adalah kehadiran seorang bekas pemimpin PAS dari Kg. Jermal Sungai Taka.
Saya kenal rapat dengan beliau yang telah berjuang dibawah panji-panji PAS semasa Ustad Ghazali, Salleh Hj. Mohamad, Md Rejab Awang malahan penyokong kuat Ustaz Yaakob semasa PRU12. Alhamdullillah, sekarang telah timbul kesedaran untuk sama-sama membawa panji-panji UMNO demi perjuangan orang Melayu. Saya percaya ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS dalam DUN Bandar Baharu yang sehaluan dengan beliau dan menunggu masa yang sesuai untuk sama-sama Datuk Aziz merampas kembali DUN ini demi mengembalikan kewibawaan bangasa Melayu dan memulakan semula langkah membangunkan DUN ini. 30 minit saya berada di tempat pendaftaran ini dan melihat kesungguhan saudara sebangsa dengan saya terasa kesal saya mengkhianati perjuangan parti melayu ini dalam PRU12.
Wahai bangsa ku belum terlambat untuk sama-sama kita mendaulatkan bangsa melayu.

No comments:
Post a Comment