Beri pekerja Pos Malaysia rehat setiap Sabtu
KAUNTER BERASAP
Taiping, Perak

SAYA mewakili rakan dalam Pos Malaysia terpanggil untuk menulis dalam ruangan ini bagi menyatakan rasa kecewa, terkilan dan juga tertekan hampir keseluruhan kakitangan Pos Malaysia kerana terpaksa bekerja tiga kali hari Sabtu dalam sebulan.
Sudah bertahun-tahun lamanya fenomena kegelisahan dalam diri ini kami tanggung dan kami harungi. Namun, komitmen tugas kaunter dan juga tugasan serahan tetap jua kami laksanakan. Penantian untuk satu realisasi bahawa hari Sabtu adalah hari cuti tidak jua kesampaian.
Secara jujurnya boleh ditafsirkan bahawa Pos Malaysia tidak mendokong hasrat murni kerajaan untuk melahirkan generasi berhemah dan berdisiplin. Apa pun bentuk masyarakat yang ingin kita lahirkan semua itu haruslah bermula dari rumah dan keluarga sendiri.
Namun, masa untuk kakitangan Pos Malaysia bersama-sama dengan keluarga sebenarnya amat terhad kerana kami terpaksa bekerja enam hari seminggu, kecuali minggu pertama.
Kakitangan Pos Malaysia, kerani kaunter atau pun posmen sesungguhnya terpinggir daripada melibatkan diri kegiatan kemasyarakatan. Apa jua majlis seperti mesyuarat, kegiatan kenduri dan juga lain tidak dapat kami hadiri termasuk jugalah mesyuarat PIBG sekolah.
Pihak tertinggi Pos Malaysia seharusnya lebih peka dan tidak menggunakan kakitangan dengan tujuan menjana keuntungan semata-mata. Ini adalah aspek kemanusiaan kerana kami seharusnya diberi rehat yang secukup untuk bersama ahli keluarga.
Kami kakitangan Pos Malaysia menuntut hak kami sebagai pekerja, sebagai rakyat Malaysia dan yang paling mulia hak seorang manusia.
Tahun 2012 menjelang tiba dan saya mohon semoga pihak tertinggi Pos Malaysia diberikan rasa keinsafan agar dapat memberikan titik noktah terhadap kekecewaan kami.
Harus jua saya tekankan dalam e-mel dalaman Pos yang terbaru, digesa agar kerani kaunter mempergiatkan sasaran jualan sejuta Insurans Pos 1Malaysia. Tidak terfikirkah pihak atasan bahawa ini bagaikan tindakan penindasan yang paling halus melalui slogan 'Kejayaan Pos Malaysia bermula dari anda'.
Fikirkan dan renungkanlah rintihan ini kerana dalam aspek menjaga pelanggan, keutamaan dan juga kepentingan kakitangan adalah aset utama kejayaan sebuah syarikat. Menafikan hak kakitangan dan juga hak seorang manusia adalah perbuatan yang harus diberhentikan.

No comments:
Post a Comment