
Shahrizat elak lagi desakan tuntut beliau berundur
Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya.
Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau.

Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).
Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau tidak terlibat secara langsung dalam skandal berkenaan.
No comments:
Post a Comment