Wednesday, January 11, 2012

Masalah teksi sempadan akan dibincangkan dengan Pusat



Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK BUKIT KAYU HITAM, 10 Januari 2012 – Kerajaan Negeri Kedah akan mengaturkan pertemuan dengan Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah pemandu teksi negara ini di sempadan Malaysia-Thailand.

Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya , Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri akan mengatur pertemuan dan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam dalam masa terdekat.

Pemandu teksi di sempadan mengahdapi masalah saingan dari van penumpang negara jiran yang melimpahi masuk ke negara ini membawa pelancong dan penumpang terus dari Thailand melepasi sempadan sehingga ke destinasi di selatan tanahair. Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas membuat tinjauan masalah pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam disini.

“Kita tidak mempunyai kuasa dalam hal ini dan berkemugkinan hal ini perlu dikaji semula kerana kemasukan kenderaan awam bagi kedua-dua negara telah dipersetujui sebelum ini.

“Selain itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana isu tersebut melibatkan hubungan antara dua negara, Malaysia dan Thailand,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment