Wednesday, January 11, 2012

Wahai Umno BN Kedah !!...isu apa lagi?

Oleh adiib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2-PqN146ma8xjwk79dmQlUqecyhymOLPIc9VRz2tHcqptdCALRllLorGW7UaTHFrbXEfazhYsq2CsOjipIuSaWjWwpXoxsVNAjWe18OlpHiWQfihgWn2Ooy9_VFx1mDOLysCaReVlV9s/s400/jkkpp-amirudin2%255B1%255D.jpgSebenarnya kata YB Amiruddin,mereka dengki sebab Kompleks Tunku Yaakob yang terbengkalai selama 30 tahun dapat diselesaikan oleh kerajaan PR yang diterajui PAS.Selesai masalah menyakitkan mata itu dengan bakal terbinanya Kompleks Niaga Super Mega dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Bandaraya Alor Setar

.Diselesaikan oleh kerajaan yang mereka kategorikan tak pandai memerintah dan tak pandai buat pembangunan.La sapa yang pandai?Itu lah mereka bangkitkan isu Surau Salihiah itu.Umum mengetahui tentang isu tersebut serta penerangan berkenaan dengannya telah pun disebar ke seluruh masjid-masjid di Negeri Kedah pada Jumaat,minggu lepas.Tutup isu.

Tup-tup,pada minggu ini 9 hb.Januari 2012,Datuk Seri Anwar Ibhahim pulak dibebaskan.Ingatkan Ubn Kedah ada isulah di atas keputusan itu.Kut-kut boleh belasah PR kedah atas hukuman yang bakal dikenakan namun tak kesampaian untuk tumpang di atas isu nasional itu.

Habih isu apa lagi yang nak diketengahkan oleh Ubn Kedah?Banjir?InsyaAllah tak berlaku kut.Punya beria-ria depa bersiap ,makanan bertong-tong dan tikar,bantal penuh di balai raya namun banjir tak jadi.Jadi tiada isu banjir.Kerajaan Negeri pun la ni duk sibuk menjayakan projek-projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang berpontesi banjir.

Isu ekonomi lagi tak boleh makan.Terbukti dari kejayaan-kejayaan pentadbiran dan kecekapan pengurusan ekonomi jauh mengatasi kerajaan depa dahulu.Ambil 2 perkara sudah.Hasil balak zaman depa atas keluasan yang sama depa dapat RM 8 juta sahaje cukai balak.Kerajaan PR dapat RM 70 juta pada keseluruhan tahun 2011.Perbezaan yang amat ketara.Satu lagi anak syarikat GLC kerajaan negeri boleh memperolehi keuntungan 400% lebih dari zaman mereka memerintah.Pakat habih kakitangan syarikat itu merasai bonus.

Jadi isu apa lagi Ubn Kedah nak kenen kerajaan PR Kedah.Mungkin isu YB Hassan Ali.Peringkat nasional.Perpecahan dalaman PAS?Panas juga isu ini.Tapi sayang Dr.Hassan Ali dah dipecat dari PAS,jadi dah tiada isu.PAS bukan parti cakap tak serupa bikin tapi parti kalu cakap mesti bikin.Ubnlah yang jelas parti pengecut.Ahli yang terang seleweng duit rakyat sampai RM250 juta pun tak berani nak buat apa-apa.Sedangkan ramai MP mereka yang desak agar ahli wanita itu dipecat!

Ni isu terbaru mereka mewar-warkan ada pulak orang kuat-orang kuat PAS yang tak puas hati kepada kepimpinan Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Razak MB Kedah dan kununnya akan letak jawatan dalam masa terdekat. Kununnya!Kalau betul buatlah.Hangpa ingat PAS parti mak pak hangpa.Kalau tak kena gayanya tak dan letak jawatan,tup-tup dah dipecat.Jangan buat hal.

Jadi melongolah kami orang-orang PR di negeri Kedah ni,baik dari PAS,Keadilan dan DAP menunggu-nunggu apa isu terbaru Ubn Kedah bakal keluarkan nanti.Bukan apa kalau dah bersedia ni senanglah nak hayun balik.Lagi pun macam kata Haji Zul Ya nota utara,kerja pembangkang main isu la,buat apa lagi,baru macam ada kerja!

No comments:

Post a Comment