Thursday, March 8, 2012

PAS Kedah akan lebih kukuh



http://media1-cdn.malaysiakini.com/447/8334edbbad42f28e35d226319e60d3bb.jpg

Dengan berakhirnya kemelut di Kedah, diiringi tangisan gembira oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub – yang mungkin juga oleh pendukung PAS di pelbagai negeri - harapan begitu cerah untuk melihat PAS/Pakatan Rakyat dengan segala kekuatan bagi menghadapi PRU Ke-13 pada bila-bila masa.

Tidak perlulah lagi PAS melayan dakwaan musuh PAS dan mereka yang keliru atau mahu mengelirukan kononnya kuasa Menteri Besar Kedah akan terhad dengan keputusan Jawatan Kuasa PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan memantau dan memandu Kerajaan Kedah.

Setiauaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abd Halim Abd Rahman telah menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pemandu itu hanya bersifat penasihat dan pemantau kerajaan negeri.

Menurut kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu, pembentukan jawatankuasa pemandu di negeri Kedah – seperti juga di Kelantan di masa lalu - adalah bersifat penasihat dan bukannya akan mengambil alih peranan majlis mesyuarat kerajaan (exco).

“Tiada sebarang jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet. Oleh itu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini tiada kaitan untuk mengambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

“Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat,” kata Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan media itu.

Namun pemimpin parti musuh PAS dan media mereka masih menyiarkan kenyataan dan tafsiran yang keliru.
Harapan mereka supaya krisis di Kedah itu tidak akan selesai hingga pilihan raya Ke-13, walaupun hakikatnya krisis itu telah berakhir dan PAS Kedah diberitakan sudah meneruskan kerja-kerja persiapan pilihan raya, malah persiapan itu, saya mendapat tahu, telah dilipatgandakan.

Ini adalah manifestasi yang ditunjukkan oleh pendukung PAS di mana-mana bahawa kepentingan parti mengatasi segala-segalanya. Atas semangat ini mereka terus menerus membuat persiapan. Tentunya ini akan melumpuhkan harapan Umno/BN itu menawan Kedah dalam Pru Ke-13.

PAS Kedah mempunyai ciri-ciri istimewa, terutama kerana ia pernah dipimpin oleh seorang tokoh besar PAS – Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor.

Almarhum, seorang pemimpin yang memandang jauh kedepan, berjaya melakar tahaluh-siasi bersama pimpinan PAS yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Haji Haji Mustafa Ali dan lain-lain.

PAS Kedah didukung oleh sejumlah pemimpin yang berwibawa, malah ramai di antara mereka juga diduduk dalam saf pimpinan Pusat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Ab Razak, Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar, Ustaz Ustazah Jamilah Ibrahim, Ustaz Taib Azamudin, Datuk Muslim Othman dan ramai lagi.

Kini, PAS Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan bin Abd. Razak dengan timbalannya - Pesuruhjaya I : Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi,

Timbalan Pesuruhjaya II : Dr Ismail bin Salleh dan Timbalan Pesuruhjaya III : Ustaz. Hj Mat Isa bin Shafie, disertai tokoh lain – Ustaz Musoddak bin Hj Ahmad,

Datuk Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah, Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Haji Muhammad Yusuf Husin, Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah, Ustaz Ahmad bin Yahya dan Hajah Aishah binti Ghazali serta tokoh-tokoh lama seperti Cikgu Wahab dan lain-lain.

Pimpinan PAS Kedah ini adalah kombinasi antara ulama dan professional, serta para veteran yang sangat berjasa kepada PAS. Sebab itu, tiada sebab PAS Kedah tidak mampu mempertahankan kemengannya yang gemilang dalam PRU 2008 dulu.

Saya masih ingat peristiwa penuh air mata, ketika berada di Markas Besar PAS Kedah, di Kota Sarang Semut untuk mendengar keputusan PRU Ke-11, 2004. Malam itu dalam cuaca mendung, dengan penuh hiba saya dan pendukung PAS yang lain menyaksikan kekalahan teruk PAS di seluruh negara.

Sebelum itu, pendukung PAS menaruh harapan bahawa PAS Kedah akan mencapai kemenangan dan dapat menawan negeri jelapang padi itu dalam PRU Ke-11 itu. Namun begitu kecewa dan saya pulang ke hotel dengan penuh sedih tidak terkatakan.

Sebab itu, apabila PAS mencapai kemenangan gemilang seluruh negara dalam PRU Ke-12, bersekali dapat menawan Kedah, kesedihan 2008 itu terubat kembali.
Pendukung PAS, khususnya di Kedah, memang sangat diharapkan dapat mempertahankan Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat dalam PRU Ke13 nanti.

Apabila berlaku kemelut di Kedah baru-baru ini maka rasa cemas, bimbang dan sedih tidak terkatakan dan saya serta pendukung PAS yang lain juga sentiasa berdoa kepada Ilahi semoga krisis itu berakhir segera.

Doa pendukung PAS itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sikap tolak ansur semua pihak dangan memikirkan kepentinan parti mengatasi segala-galanya membuahkan penyelesaian.

Kini saya yakin, dengan penuh harapan, selepas kemelut ini, PAS Kedah akan lebih kukuh untuk melipatgandakan kerja-kerja menghadapi PRU Ke-13 yang penuh cabaran itu.

No comments:

Post a Comment