Friday, March 9, 2012

Pastikan Kedah benam Perlis malam nanti

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/420509_331258013587635_100001103170415_879354_1955540179_n.jpg
ALOR SETAR - Pemain-pemain Kedah diingatkan agar bermain dengan prestasi yang cemerlang pada pertemuan menentang pasukan Perlis pada saingan Piala FA di Stadium Darul Aman pada 10 Mac 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB. Dato' Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, perlawanan menentang pasukan Perlis itu adalah perlawanan untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Perlawanan ini adalah perlawanan kalah mati dan peminat juga mahukan kemenangan pada perlawanan ini,” ujarnya.

Dr. Hamdan memberitahu, peminat-peminat pasukan Hijau Kuning diminta agar datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Menurut pengendali pasukan Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, walaupun Perlis bermain di Liga Perdana, itu tidak bermakna anak didiknya boleh memandang mudah pertemuan itu.

“Saya selalu mengingatkan pemain supaya berusaha lebih gigih dalam setiap perlawanan yang dilalui termasuklah saingan Piala Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemain harus waspada berdepan Perlis kerana ini merupakan pertandingan kalah mati.

“Jadi, sebarang kesilapan harus dielakkan jika mahu melangkah ke peringkat suku akhir,” ujarnya yang menagih sentuhan pemain import sensasi mereka, Abdelfatah Safi.

Safi berjaya meledak gol kemenangan ketika menumpaskan Selangor 1-0 hasil sepakan penalti dalam kempen Liga Super pada 3 Mac 2012 yang menjadi sandaran utama peminat Hijau Kuning bagi meneruskan momentum kemenangan mereka.

“Corak permainan Safi memang luar biasa dan mempunyai magis tersendiri. Dia begitu banyak membantu bahagian serangan dalam memburu gol,” katanya.

Bagi rekod, Piala FA sudah tiga kali di bawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu sejak kali pertama memenanginya pada tahun 1996.

No comments:

Post a Comment