Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan pelbagai pihak khususnya yang terlibat secara langsung dalam menyelesaikan kemelut yang melanda PAS Kedah baru-baru ini. Kedua-dua exco, merangkap Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah – Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang sebelum ini enggan mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri bagi sesi pentadbiran yang baru, telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap PAS khususnya dalam pentas politik nasional.
Walaupun isu ini tambah diperhangatkan lagi oleh media, namun ahli tetap terus kukuh, istiqamah dan menunggu berita dari pimpinan tertinggi dengan baik. Hanya dalam satu tempoh masa yang begitu singkat, isu ini dapat diselesaikan dengan penuh akhlak dan berhemah khususnya diperingkat kepimpinan parti. Ini jelas menunjukkan bahawa PAS sebagai sebuah parti politik tunggal di Malaysia yang mengambil paksi Islam dan keadilan Islam sebagai dasar perjuangannya mempunyai satu kekuatan tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh parti-parti lain yang sedia ada. Bahkan kekuatan ini terus menjadi kukuh menerusi ‘tarbiyah’ yang menjadi proses pembentukan fikrah dan jatidiri seluruh ahli dan petugas PAS. Justeru, ahli PAS pada setiap masa akan memantapkan tarbiyah dalam diri masing-masing.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kerana mengambil sikap berlapang dada dan akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti. Inilah indahnya berjuang untuk Islam menerusi wadah PAS.
Mesyuarat PAS Pusat yang lalu telah memutuskan YB Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut PAS Kedah baru-baru ini. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS negeri Johor yang turut merupakan rakyat serta anak jati negeri Johor berasa amat berbangga dengan kebijaksanaan serta kemampuan beliau menangani sekaligus meredakan permasalahan yang timbul. Beruntunglah rakyat di negeri Johor kerana memiliki figure berkebolehan seperti ini.
Justeu, Pemuda PAS Johor mengharapkan YB Salahuddin Ayub terus komited dalam perjuangan beliau untuk merealisasikan agenda perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat seterusnya memanfaatkan segala pengalaman yang ada untuk membangunkan Johor dan mensejahterakan rakyat di negeri Johor pada masa akan datang.
Yang benar,
Mahadzir Bin Mat Zili
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

No comments:
Post a Comment