"Jangan jadikan rakyat Kedah menjadi mangsa ekoran kelemahan diri sendiri," kata Naib Presiden, Sobry Ahmad.
PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyelesaikan krisis kepimpinan segera demi kebaikan rakyat negeri itu.
“Jangan jadikan rakyat Kedah menjadi mangsa ekoran kelemahan diri sendiri,” kata Naib Presiden, Sobry Ahmad.
“Kalau betul ada penyelewengan dalam pemberian kontrak, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” tambah beliau.
Sobri yang berasal dari Kedah, menegaskan exco kerajaan negeri pula perlu memberi peluang kepada Azizan untuk menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar.
Azizan Adun PAS Sungai Limau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas parti itu mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.
“Berpeganglah kepada janji-janji awal itu untuk kebaikan rakyat Kedah,” katanya lagi.
Syarikat PAS tiada pengalaman?
Konflik pentadbiran kerajaan negeri Kedah tercetus apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh tidak meneruskan tugas sebagai exco kerajaan negeri.
PAS Pusat campur tangan dengan mengarahkan kedua-duanya menyertai kabinet negeri Azizan.
Phahrolrazi mendedahkan keputusan untuk memberi projek penyelenggaraan jalan raya bernilai RM60 juta kepada syarikat bekas pemimpin Umno menjadi punca beliau menolak jawatan tersebut.
Exco, Datuk Amriddin Hamzah menafikannya.
Bagaiamanapun, satu sumber memberitahu tindakan memberi projek kepada pemimpin Umno kerana sukar mendapatkan syarikat PAS yang membuat kemahiran dan pengalaman.
Katanya, pemimpin Umno mempunyai pengalaman kerana mereka mendapat banyak projek semasa BN memerintah dahulu.
http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/08/mbm-minta-azizan-utamakan-rakyat/
No comments:
Post a Comment