Oleh ZULKIFLI YAHAYA
BN terus menerus buat pekak badak terhadap lapan tuntutan Bersih 3.0 sekalipun ratusan ribu rakyat Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan pilihan raya di Malaysia.
Seperti biasa, isu yang difokuskan oleh jentera propaganda kerajaan BN bukan kepada lapan tuntutan yang dibuat sebaliknya kepada persoalan remeh di sebalik tercetusnya demonstrasi.
Isu kononnya mata pencarian pemandu teksi dan peniaga tersekat, gangguan terhadap masyarakat awam dan imej negara yang didakwa tercemar.
Tidak kurang juga isu sampingan yang tiada kaitan dengan tuntutan dibangkitkan seperti hubungan Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S Ambiga dengan kumpulan yang memperjuangkan LGBT dan profesion beliau di bidang guaman yang terbabit dengan pelbagai bentuk pembelaan.
Isu berkaitan peribadi Ambiga tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih. Pengerusi bersama Bersih ialah Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said tapi mengapa Ambiga seorang yang dijadikan sasaran? Sebabnya bagi BN isu rasis adalah ramuan terbaik buat masa ini untuk menipu orang Melayu demi mempertahankan kuasa mereka.
Hakikatnya Ambiga, A Samad Said atau sesiapa saja yang jadi pengerusi Bersih bukan persoalan utama bagi setengah juta pembantah yang hadir di ibu kota Sabtu lalu. Jika ditakdirkan pengerusi Bersih ialah Zizan Raja Lawak pun kehadiran rakyat yang membantah tetap serupa. Apa yang rakyat perjuangkan ialah kebersihan dalam demokrasi bukan perjuangan mengangkat, menjulang dan memuja muji pemimpin seperti yang berlaku dalam parti rasuah Umno.BN terus menerus buat pekak badak terhadap lapan tuntutan Bersih 3.0 sekalipun ratusan ribu rakyat Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan pilihan raya di Malaysia.
Seperti biasa, isu yang difokuskan oleh jentera propaganda kerajaan BN bukan kepada lapan tuntutan yang dibuat sebaliknya kepada persoalan remeh di sebalik tercetusnya demonstrasi.
Isu kononnya mata pencarian pemandu teksi dan peniaga tersekat, gangguan terhadap masyarakat awam dan imej negara yang didakwa tercemar.
Tidak kurang juga isu sampingan yang tiada kaitan dengan tuntutan dibangkitkan seperti hubungan Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S Ambiga dengan kumpulan yang memperjuangkan LGBT dan profesion beliau di bidang guaman yang terbabit dengan pelbagai bentuk pembelaan.
Isu berkaitan peribadi Ambiga tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih. Pengerusi bersama Bersih ialah Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said tapi mengapa Ambiga seorang yang dijadikan sasaran? Sebabnya bagi BN isu rasis adalah ramuan terbaik buat masa ini untuk menipu orang Melayu demi mempertahankan kuasa mereka.
Kaedah memilih kerajaan di Malaysia ialah melalui pilihan raya. Parti mana yang mendapat soko ngan majoriti maka mereka berkuasa. Parti yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya mestilah diberi peluang berkempen melalui semua saluran media yang sah.
Masalah di Malaysia kempen hanya diberi peluang kepada parti yang memerintah sahaja. Jika RTM (yang menjadi alat kerajaan) misalnya, membenarkan parti politik lawan kepada BN menyiarkan kejayaan mereka memerintah bebe rapa buah negeri, maka sudah tentu ia menjadi satu dari 7 benda ajaib di dunia ini. Sepanjang sejarah kemerdekaan negara lebih separuh abad, tidak pernah berlaku barang satu hari, media rasmi kerajaan mahupun media elektronik swasta (yang dikuasai pemerintah BN) menyiarkan perkara positif mengenai pihak lawan BN. Demokrasi apa namanya begini?
Ditakdirkan pada PRU12 lalu, Pakatan menang di lima buah ne geri maka berkokoklah siang malam jentera propaganda BN memberitahu rakyat bahawa itulah bukti keadilan. “Jika tidak adil masakan BN boleh kalah...” Ayat itu diulang-ulang oleh piring hitam BN sehingga bosan rakyat mende ngarnya. Apa yang dituntut oleh Pakatan bukan kemenangan tapi keadil an. PR tak mahu kalau menang sekalipun tapi melalui cara rasuah, menipu dan media yang berat sebelah. Jika dalam keadaan media tidak adil, Pakatan boleh menang lima negeri maka kalau media adil maka logiknya Pakatan boleh sapu semua negeri termasuk juga menawan Putrajaya.
Himpunan Bersih 3.0 adalah yang terbesar selepas yang pertama dan kedua. Impak besar yang diperoleh ialah ia menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bahawa perjuangan Pakatan masih gagah, kuat, utuh dan diterima majoriti rakyat. Maka masyarakat umum akan cenderung untuk bersama kelompok yang besar dan kuat.
Teori psikologi itu telah dibuktikan dalam PRU12 lalu apabila himpunan Bersih kali pertama diadakan waktu yang hampir dengan pilihan raya.
Tindakan susulan yang perlu selepas Bersih 3.0 ialah menyebarluaskan rakaman himpunan Bersih dalam video atau foto. Jadikan tayangan wajib di setiap pentas kempen pilihan raya.
Himpunan juga perlukan susulan, tidak cukup sekadar berakhir di ibu kota. Jika tuntutan tidak dipenuhi dalam masa terdekat penganjur kena fikirkan untuk mengadakan himpunan yang sama di setiap ibu negeri, serentak pada hari yang sama.
Selama ini BN sangat berjaya mempamerkan ‘sokongan besar’ rakyat terhadapnya melalui media-media yang mereka kuasainya. Rakyat dipaksa untuk menyaksikan sokongan itu.
Kini, biar rakyat bepeluang pula menyaksikan sokongan besar rakyat terhadap perjuangan menuntut keadilan demokrasi – di setiap negeri di Malaysia. Apa macam?
No comments:
Post a Comment