Soi Lek enggan debat lagi dengan Guan Eng

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak berdebat lagi dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana mendakwa Lim menggunakan platform debat untuk berceramah politik dan berkempen.
Berdasarkan dua perdebatannya dengan Guan Eng, Soi Lek berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja mengambil kesempatan membuat fitnah terhadap menteri-menteri MCA semasa berdebat malah tidak menjawab soalan yang menepati tajuk perdebatan mereka.
"Beliau (Guan Eng) tidak mengutarakan strategi memanfaatkan rakyat, beliau hanya tahu membuat fitnah, berkempen, dan tidak menjawab soalan dengan sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di Wisma MCA, semalam.Berdasarkan dua perdebatannya dengan Guan Eng, Soi Lek berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja mengambil kesempatan membuat fitnah terhadap menteri-menteri MCA semasa berdebat malah tidak menjawab soalan yang menepati tajuk perdebatan mereka.
Turut hadir Naib Presiden MCA iaitu Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Datuk Seri
Chor Chee Heung dan Senator Gan Ping Sieu dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.
Selain itu, Soi Lek mencabar Kerajaan Negeri Selangor untuk menjawab isu bekalan air berikutan ramai penduduk di negeri itu mengadu mengenai masalah air di Pusat Khidmat Aduan MCA Selangor. - Bernama
No comments:
Post a Comment