HSB Kelab 25 untuk tarik golongan muda derma darah
15 Julai 2012
ALOR SETAR - Dalam usaha menarik golongan muda untuk menderma darah, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini menubuhkan Kelab 25 khusus untuk tujuan itu.
Penyelaras kelab tersebut Dr Abdul Rashid Ibrahim berkata Kelab 25 menyasarkan golongan berumur antara 16 hingga 25 tahun di mana mereka akan didorong menderma darah sekurang-kurang 25 kali seumur hidup.
Pakar Perunding Kanan Pusat Darah Wilayah Utara HSB itu berkata selain itu mereka juga akan dididik mengenai cara hidup sihat agar dapat menderma darah yang tidak dijangkiti kuman berbahaya.

Ahli kelab itu yang setakat ini berjumlah 100 orang juga berpeluang untuk menghadiri aktiviti Kelab 25 di peringkat antarabangsa, katanya kepada pemberita di sini selepas majlis pelancaran kelab itu semalam.
Abdul Rashid berkata penubuhan kelab itu juga bagi memastikan bekalan darah di negeri ini mencukupi dan stabil sepanjang masa berikutan sering berdepan dengan keadaan kekurangan darah.
Keperluan darah yang diperlukan oleh pesakit di HSB ialah kira-kira 45,000 pain sebulan, katanya.
Orang ramai yang berminat menyertai kelab tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut di Jabatan Perubatan Transfusi HSB di talian 04-7406266.
- Bernama
No comments:
Post a Comment