Tuesday, July 10, 2012

Parlimen Mesir sidang, langgar perintah tentera

KAHERAH – Parlimen Mesir mengadakan pertemuan ringkas hari ini meskipun tentera telah mengarahkan agar ia dibubarkan ekoran keputusan mahkamah bulan lalu.

Kelmarin, Presiden baru Mesir, Mohammed Mursitelah mengarahkan dewan perwakilan bertemu tidak kir keputusan majlis tentera dan mahkamah.

Semalam, Majlis Agung Angkatan Tentera berkata, keputusanmembubarkan Parlimen seharusnya dihormati.

Campur tangan terbaru ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu cabaran dan amaran kepada Mohammed yang telah mengangkat sumpahsebagai Presiden Menteri Mesir seminggu lalu.


Speker Parlimen Mesir, Saad al-Katatni berkata, tindakan mengadakan sidang hari ini tidak bercanggah dengan pemerintah, sebaliknya melihat kepada mekanisme pelaksanaan keputusan mahakamah.

Ahli Parlimen meluluskan cadangan Saad bahawa Parlimen perlu mendapatkan nasihat undang-undang dari mahkamah rayuan yang lebih tinggi tentang bagaimana untuk melaksanakan keputusan mahkamah.

No comments:

Post a Comment