facebook @ Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Papan Tanda "Belok Kiri" yg diletakkan selaras dengan peruntukkan baru Seksyen 76A Akta Pengangkutan Jalan 1987... ironinya Seksyen 76A baru dimasukkan & Pindaan Akta belum diluluskan Dewan Negara tetapi papan tanda sudah dinaikkan.... Jika mana2 pemandu tidak membelok kiri jika disabitkan boleh didenda tidak kurang drpd RM300....
Tetapi kalau jumpa Papan Tanda ni.... serba salah jadinya.... kena belok kiri.. kalau tak belok kiri boleh didenda tak kurang RM300... kalau belok kiri lampu merah pulak kena snap dgn kamera AES sebab langgar isyarat merah... salah jugak....
“Belok kiri dibenarkan"
76A. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana orang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut mana-mana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya, membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
(3) Suatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan kelulusan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubung dengan suatu jalan Persekutuan dan jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan, dan dalam mana-mana hal selepas berunding dengan Ketua Pegawai Polis, mengadakan apa-apa isyarat lalu lintas yang didapatinya patut, dan hendaklah menjalankan apa-apa kerja (termasuk meletakkan, mendirikan dan menyenggarakan isyarat lalu lintas) yang dikehendaki berkaitan dengan simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan belok kiri dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2000”.
No comments:
Post a Comment