Saturday, October 20, 2012

Kerjasama Umno Dengan PAS: Kenapa PM Senyap?


"Semakin dekat dengan Pilihanraya semakin bertubi-tubi serangan ke atas komponen Pakatan Rakyat. PKR, DAP dan PAS diserang seolah-olah parti komponen Pakatan Rakyat ini sudah membuat onar kepada negara Malaysia. Berbagai cara busuk digunakan hanya untuk menggagalkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

UMNO bersama-sama komponen jahatnya mengatur strategi menyerang Pakatan Rakyat. Strategi yang paling popular ialah mengatur muslihat untuk bekerjasama dengan PAS.

Kerjasama dengan PAS dilihat sebagai muslihat UMNO untuk terus berkuasa. UMNO dapat mengesan yang partinya serta komponennya sudah nazak. UMNO kini sudah kehilangan kepercayaan orang Melayu ,manakala komponennya sudah kehilangan sokongan kaum masing-masing.


Tidak seperti Pakatan Rakyat pelbagai kaum semakin memberi sokongan dan kepercayaan. Penyatuan kaum sebagaimana cita-cita Sistem Ahli yang dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar hanya akan tercapai melalui Pakatan Rakyat. Kalaulah Dato Onn Jaafar masih hidup pasti dia juga akan menyokong Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada usul muslihat UMNO untuk bekerjasama dengan PAS nampak tiada keikhlasannya. Suara untuk bekerjasama hanya didengari bukan dari Presiden UMNO. Sepatutnya ia disuarakan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bukan mereka yang hanya bertaraf ahli majlis tertinggi UMNO.

Oleh sebab itu, PAS tidak perlu menyahut muslihat UMNO ini kerana matlamat mereka bukan untuk menyatukan Melayu dan Islam tetapi lebih kepada memecahbelahkan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat demi mengekalkan kuasa. PAS wajar terus bersama-sama komponen Pakatan Rakyat demi memperjuangkan hak Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama ini.- Angry Lobster -

No comments:

Post a Comment