1- Satu hal yang sangat penting diberi perhatian ialah dasar tidak campurtangan dalam sesuatu tugas yang telah diamanahkan kepada pihak yang dirasakan layak pada waktu itu, sehinggalah sesuatu masalah timbul yang memerlukan tindakan kerajaan. Inilah yang dibuat oleh PR di Kedah dalam semua tugasan yang diperturunkan kuasa kepada pihak- pihak yang dilantik menerajui syarikat ataupun agensi kerajaan.
2- Mukhriz patut bertanya pengurusan KCB di zaman BN kenapa KCB dijerumuskan dalam projek 99East di langkawi yang bernilai RM1.9 bilion sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian kerjasama dengan Terra Monda (S'pore) Ltd.
3- Mukhriz juga patut bertanya skandal komisyen ratusan juta pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, skandal BMF yang ditenggelamkan di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, itu semua lebih memalukan negara.
4- Mukhriz juga patut mempersoalkan kena premium balak di zaman BN jadi kerajaan di Kedah cuma RM500 dan RM1000 sehektar, sedangkan kerajaan PR boleh menjana RM12 ribu hingga RM 17 ribu sehektar. Bukankah itu satu bentuk kehilangan hasil kerajaan dan kerugian kepada rakyat Kedah.
5- Mukhriz juga patut bertanya kenapa hutang Kedah kepada persekutuan mencecah 2.4 bilion di zaman BN menjadi kerajaan di Kedah, sedangkan terdapat kes dalam projek bekalan air di luar bandar yang sepatutnya mendapat geran daripada persekutuan tetapi diberi pinjaman ratusan juta yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri ini.
6- Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes- kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM 11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan negeri sebanyak RM60 juta.
No comments:
Post a Comment