AES Pulau Pinang sasar basmi kemiskinan 2013

Agenda ini memfokuskan bebebarapa perkara bagi meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada rakyat.
Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengkhabarkan bahawa dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.
Kali ini, kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM970, 561,310 untuk dibelanjakan tahun 2013 nanti.
Guan Eng berkata, kerancakan ekonomi penting untuk menjadikan negeri ini berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapatan tinggi meskipun ekonomi global tidak menentu.
Mengiatkan sektor pelaburan dan perinsdustrian bukan perkara mudah bahkan memerlukan strateji yang kukuh, katanya.
Untuk meningkatkan ekonomi rakyat pembangunan terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak diabaikan malahan mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, sumber dan latihan khusus kepada peserta.
Merancakan sektor pelancungan dan warisan juga diketengahkan sebagai usaha memantapkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancungan di Asia.
Justeru itu beberapa lokasi dikenal pasti untuk dibangunkan dengan infrastruktur yang baik seperti di Autocity di Juru, projek makanan laut di jeti Batu Kawan dan di projek galeri warisan Arkeologi di Kampung Guar kepah, Kepala Batas.
Memperkukuhkan industri halal juga diberikan keutamaan selain meningkatkan kualiti kemudahan awam, memantapkan pengurusan lalu lintas, menyediakan kemudahan Utiliti, memajukan sektor pertanian dan penternakan, membangunakan modal insan yang berdaya saing dan menepati kehendak pasaran.
Seterusnya meningkatkan kualiti alam sekitar dan kesihatan, mengsejahterakan kebajikan rakyat, memartabatkan agama Islam, meningkatkan kualiti perumahan rakyat, memantapkan pembangunan belia dan sukan, pembangunan kontraktor kelas F, memangkinkan pembangunan koperasi dan keusahawanan, memacu pembangunan wanita, keluarga dankomuniti serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmtan awam.
Langkah drastik yang diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan Pulau Pinang terus mantap adalah memperkenalkan AES untuk mencorakan lagi kemampuan Kerajaan Negeri yang sebenar.
"Inilah AES Pakatan Rakyat tidak sebagaimana AES Kerajaan Persekutuan yang menghirup wang rakyat, menghina rakyat dan membebankan mereka.
"AES Pakatan Rakyat membolehkan Pulau Pinang untuk melakar nama dalam sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia berjaya menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013 selepas kejayaan menjadi negeri pertama yang membasmi miskin tegar tahun 2009, " tegasnya.
No comments:
Post a Comment