Lima beranak mohon simpati
18 November 2012

Siti Narimah membersihkan kaki salah seorang anaknya, Mohd Fairus Danish, 4.

Keadaan bilik air yang digunakan oleh keluarga itu.
BALING - Sebuah keluarga di Kampung Padang terpaksa menggunakan bilik air yang terdedah akibat tidak berkemampuan menambahbaikkan kediaman mereka.
Bilik air tidak mempunyai bumbung, selain menggunakan langsir sebagai pintu oleh lima beranak terbabit termasuk anak gadis mereka.
Siti Narimah Muhammad, 35, bersama empat anaknya mengharungi keadaan itu sejak beberapa tahun lalu disebabkan kurang berkemampuan.
Menurutnya, pendapatannya sebagai pembantu kedai pemprosesan makanan tradisional hanya sekadar menampung keperluan keluarga.
“Kini, saya yang menjadi ketua keluarga. Tiga anak masih bersekolah.
"Manakala seorang lagi baru berusia empat tahun. Saya terpaksa berjimat bagi memastikan anak-anak mendapat keperluan secukupnya,” katanya.Bilik air tidak mempunyai bumbung, selain menggunakan langsir sebagai pintu oleh lima beranak terbabit termasuk anak gadis mereka.
Siti Narimah Muhammad, 35, bersama empat anaknya mengharungi keadaan itu sejak beberapa tahun lalu disebabkan kurang berkemampuan.
Menurutnya, pendapatannya sebagai pembantu kedai pemprosesan makanan tradisional hanya sekadar menampung keperluan keluarga.
“Kini, saya yang menjadi ketua keluarga. Tiga anak masih bersekolah.
Katanya, dia kasihan melihat anak-anaknya yang semakin membesar menggunakan bilik air yang tidak sempurna itu.
“Tambahan pula saya ada dua anak perempuan. Mereka memang tidak selesa,” katanya.
Siti Narimah berkata, dia tetap bersyukur kerana dua daripada anaknya itu mendapat bantuan persekolahan yang ternyata meringankan bebannya.
“Anak-anak pun tidak pernah merungut, malah sentiasa bersyukur dengan kehidupan mereka. Mereka amat memahami tambahan selepas saya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” katanya.
Menurutnya, terdapat beberapa pihak yang tampil membantu, tetapi ia hanya sekadar lawatan tanpa sebarang tindakan.
“Mereka datang dan mengambil beberapa keping gambar dan berjanji akan membantu. Tetapi tiada tindakan sehingga kini. Ada juga yang meminta bayaran setiap gambar yang mereka ambil.
“Walaupun kami orang susah, tidak bermakna kami boleh dipermainkan. Saya berharap ada pihak yang benar-benar ikhlas dapat membantu kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment