
Pengarah TH Kedah, Mohd Sawal Abong berkata setiap pelajar menerima sumbangan RM500 iaitu RM200 dalam bentuk kelengkapan persekolahan dan RM300 bantuan wang tunai.
"Saya berharap sumbangan ini mendorong pelajar dari keluarga miskin supaya berusaha lebih kuat mengejar ilmu bagi mengubah kehidupan keluarga mereka," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat itu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Jalan Langgar di sini, hari ini.
Tiga lagi sekolah yang terlibat ialah SK Kuala Lanjut, SK Tunku Raudhah dan SK Tunku Abdul Halim.
Mohd Sawal berkata RM50,000 itu merupakan sebahagian daripada RM350,000 peruntukan wang zakat untuk negeri Kedah, tahun ini.
Menjelas lanjut, beliau berkata pemilihan pelajar yang layak menerima zakat tersebut ditentukan Guru Besar sekolah masing-masing dengan kriteria utama dari keluarga fakir dan miskin.
TH memperuntukan sebanyak RM1.15 juta untuk program Zakat Pendidikan yang pertama tahun ini melibatkan seramai 2,300 pelajar dari keluarga miskin dan fakir di seluruh negara.
Kedah merupakan negeri kelima menerima zakat di bawah program itu. Empat lagi negeri yang telah menerimanya ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, kata Mohd Sawal. - Bernama
No comments:
Post a Comment