Sunday, December 2, 2012

Macam tak cayer... dulu kutuk PR berapi, pertahan UMNO habiss, tup tup masuk PAS... Takbir!!!


Bekas Pengerusi DPMM Sertai PAS!

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Rahman Maidin malam tadi mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menyertai PAS dalam satu majlis ringkas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor di Parit Raja, Batu Pahat dalam parlimen Sri Gading.

Abdul Rahman yang banyak memperolehi kontrak semasa bekas perdana menteri Abdullah Badawi berkuasa dulu tidak ragu-ragu menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan lebih 30 ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah di KM18 Jalan Kluang-Batu Pahat itu.

Selain Rahman, tiga tokoh bekas kakitangan kerajaan turut menyertai PAS iaitu Bekas Pengarah Pelajaran Johor, Bekas Pengetua Maktab Perguruan Batu Pahat dan Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kluang.
Penyertaan Rahman dan tiga tokoh tersebut turut disaksikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfodz Mohammad.

Terdahulu, Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan ucapannya menyeru supaya rakyat negeri ini tidak lagi terkongkong dengan fahaman agama suku politik suku yang diamalkan Umno sejak sekian lama sambil menegaskan perubahan besar kebangkitan rakyat bakal berlaku lebih dahsyat dari apa yang dijangka Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dikhabarkan ahli parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz kini sudah tidak senang duduk sebaik mendapat maklumat lebih 30 ribu rakyat berduyun-duyun hadir ke himpunan tersebut yang bermula sejak jam 3 petang semalam.

Kehadiran yang amat memberangsangkan ini satu lagi bukti bahawa Umno tidak lagi boleh mendabik dada kononnya parti reput itu masih berkuku di negeri selatan Semenanjung itu.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/12/macam-tak-cayer-dulu-kutuk-pr-berapi.html

No comments:

Post a Comment