Oleh Zuraida Kamaruddin

Yang pertama adalah berkenaan satu dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat menerima rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
Jika benar maka Perdana Menteri sendiri terlibat dalam pengambilan rasuah dan hujahnya yang konon ingin menangani rasuah adalah hujah populis sekadar ingin meraih undi.
Kedua adalah scandal kapal selam Scorpene yang membabitkan pembunuhan model. Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana Najib bakal disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis sebagai salah seorang saksi utama.
Saya menyeru supaya Perdana Menteri memberanikan diri berdepan dengan kes ini kerana ia bukan saja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah diperingkat antaranbangsa.
Najib perlu membersihkan namanya sebelum beliau boleh mendapat mandat rakyat dipilihanraya akan datang.
Saya juga mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak terlalu teruja untuk melontar fitnah serta mengukutuk polisi pembangkang memandangkan ramai diantara mereka yang terpalit dengan skandal rasuah.
Najib perlu memberi penjelasan tentang kes sumbangan wang RM40 juta kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.
Saya pasti selain perwakilan dari Sabah yang baru saja maklum tentang duit tersebut, rakyat juga ingin tahu apakah tujuan bantuan RM40 juta itu.
Akhir sekali saya meminta Perdana Menteri Najib Razak untuk membahaskan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Kementerian Dalam Negeri sering masuk campur dalam kes siasatan berprofile tinggi.
Jika ini benar maka tidak salah jika saya katakan kerajaan pimpinan Najib tidak telus dan mempunyai niat untuk melindungi kroni dan keluarga supaya tidak boleh diheret ke muka pengadilan.
Justeru saya amat berharap Perdana Menteri menjadi seorang gentleman dan berani membahas empat perkara diatas bagi membersihkan nama Umno yang kini sering dikaitkan dengan rasuah pada ucapan pergulungan beliau nanti.
Saya melihat Persidangan Agung Umno tahun ini adalah seperti tahun lepas dimana mereka sibuk mengutuk Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperkecilkan Pakatan Rakyat untuk menutup aib dan kesalahan sendiri.
Umno seolah-olah gila talak dan masih teringat-ingatkan Anwar yang telah mereka pecat sendiri 12 tahun yang lalu.
* Zuraida Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR.
No comments:
Post a Comment