Penduduk berang jalan rosak
2 Disember 2012

Penduduk kampung dekat Seberang Temerloh menunjukkan kerosakan jalan
akibat kerja membaiki paip pecah sejak hampir dua minggu lalu.
SEBERANG TEMERLOH - Lebih 500 pengguna jalan raya berhadapan risiko kemalangan berikutan terpaksa melalui jalan rosak yang sangat teruk dekat Kampung Bangau Parit, di sini, sejak hampir dua minggu lalu.
Keadaan jalan utama yang menghubungkan lebih 10 kampung dengan bandar Temerloh itu rosak akibat kerja membaiki paip pecah.
Seorang penduduk, Nor Mohamad Abdul Ghani 55, berkata, sehingga kini tiada usaha daripada mana-mana pihak berkaitan untuk menurap semula jalan terbabit yang digali untuk kerja pembaikan paip sebelum ini.
Menurutnya, keadaan jalan yang pecah itu diburukkan lagi dengan kehadiran kenderaan berat sehinggakan kon keselamatan dan papan tanda amaran rosak dilanggar mereka.
“Kami masih bersabar dengan agensi dan jabatan terlibat, tetapi selepas hampir dua minggu tidak ada usaha untuk membaikinya, ia kini menjadi isu penduduk dan pengguna jalan raya di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Jantan Mohd Lela, 56, dari Kampung Padang Tenggala, di sini, berkata, kawasan yang rosak itu terletak di simpang jalan dan sangat sukar apabila kenderaan berselisih.
Selain itu dakwanya, longkang utama jalan juga tersumbat apabila pekerja yang membaiki paip pecah di situ membuang tanah ke dalamnya.
“Ini semua jadi punca rakyat marah, takkan benda kecil macam ini nak tunggu menteri besar turun padang? Jabatan dan agensi kenalah buat kerja,” katanya.
Menurutnya, kawasan yang rosak itu jika lambat diturap hanya akan mengundang kerosakan paip akibat tekanan daripada kenderaan yang melaluinya setiap hari.
“Kami penduduk di sini kecewa dengan sikap pandang remeh perkara seperti ini, sedangkan kerosakan jalan ini termasuk dalam kategori kecemasan dan perlu dibaiki segera,” katanya.
No comments:
Post a Comment