Dok ulang ayat tu lima tahun dahhh... bukti UMNO Kedah sedang nazak
Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti....
Oleh: Dr Azman Tempur
"Jangan sabotaj parti"... Kalau nak kata 5 ribu kali banyak sangat kot, tapi kalau 5,6 ratus kali adalah aku dok dengaq ayat tu yang keluar dari mulut pemimpin UMNO. Apa maksudnya kalau bukan memang itulah masalah besar dalam UMNO bukan setakat di Malaysia tapi di seluruh negara.
Yang syoknyer antara pemimpin UMNO yang dok pesan benda tu... depa pun sabotaj jugak bila calon dari kem lain naik. Di Bukit Lada hari tu, bukankah Datuk Ahmad Lebai Sudin yang turun kempen 16 cawangan UMNO suruh pangkah Ustaz Izat. Di Baling bukankah Dr. Mashitah yang sok sek sok sek minta wanita UMNO pastikan Datuk Aziz kalah. Di Alor Mengkudu bukankah Ustaz Fadzil Hanafi yang bagi arahan 'salam kalih' untuk semua penyokongnya untuk kalahkan Mazlan.
Di Padang Terap bukankah geng Datuk Li dan Datuk Syed Sobri yang saling mensabotaj, sampai sorang kalah dan sorang hampir kalah. Di Kola Kedah bukankah ketiga-tiga calon DUN menerima sabotaj masing2. Begitu juga di semua bahagian semua DUN mokalau nak cerita tak habih...
Awat laa ni selesai dah kaa masalah tu? Phuu aku tabik spring kalau isu sabotaj calon ni tak berlaku... aku yakin lebih teruk tiga kali ganda haritu!!! Tak percaya tunggu Parlimen bubar.
Cuma tak perlu rasanya aku nak detailkan cerita perbalahan calon UMNO ni... sebabnya aku suka kalau calon2 yang tersenarai tu naik, aku dah tengok pun senarai tu. Kalaulah senarai tu diterima bujug-bujug oleh Najib... insyaAllah Pakatan tak payah kempen teruk2 untuk PRU kali ni. Aku nak anjur Pakatan cuma kempen 'urut belakang' saja cukup!
"DEMI UMNO" TOLONG TOLAK INDIVIDU SABOTAJ PARTI - TUN MAHATHIR
Sungai Petani - Dalam sidang media di Majlis Himpunan Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang di adakan di dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau meminta penyokong BN agar tidak menyokong individu yang cuba sabotaj calon yang telah di pilih Presiden parti, YAB DS Najib Razak.
Selain dari itu Tun Dr Mahathir juga mengesa agar penyokong BN jangan menyokong BN hanya kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah AirApabila di tanya pemberita tentang pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata.
"Pimpinan parti kini di lihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN di lihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13" katanya.
Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat BN Kedah atasi. - Media Kedah
No comments:
Post a Comment