Monday, February 4, 2013

Kepada semua PEJUANG RAKYAT..Jadikan kekalahan di TERENGGANU 2004 sebagai pengajaran..!!!


Sewaktu PRU10 tahun 1999, Barisan Alternatif bercadang untuk bertanding di seluruh kerusi Terengganu termasuklah DUN yang tegar BN. Ada seorang calon berjumpa dengan bendahari perhubungan PAS negeri waktu itu untuk meminta dana pilihanraya. Menangis teresak mengadu masalah kewangan yang dihadapi, namun Badan Perhubungan juga tidak sekaya yang disangka untuk memberi sumbangan. 

Akhirnya mereka terpaksa berpakat untuk menjual apa saja yang ada di rumah demi kemenangan islam. Malam itu juga, masing-masing pulang ke rumah menangkap ayam, itik di reban, lembu di padang, kerbau di bendang untuk dijual buat menampung perjuangan. Daifnya perjuangan kala itu. Tapi hasilnya, Terengganu berjaya ditawan dengan 28 daripada 32 kerusi DUN dan menyapu bersih semua kerusi parlimen.


PRU11 tahun 2004, perjuangan agak selesa kerana trofi pusingan ada ditangan. Banyak kemudahan yang berjaya dimanfaat terutama wang ringgit. Gaji wakil rakyat diwajibkan potongan tertentu untuk disalur ke kawasan masing-masing sehingga setiap cawangan mampu mengumpul dana sendiri tanpa berharap bantuan perhubungan.

Bendahari perhubungan turun melihat senario kempen ke sebuah markas cawangan. Seperti PRU sudah, ditanya bagaimana bekalan kopi dan sekut mayat (biskut kering/balak) untuk alas perut malam ni? jawab petugas di sana. "Eh, tak mainlah sekut mayat ustat. Kitorang dah siap menu sepanjang tarikh kempen ni. Malam ni giliran nasi beriyani". Fuhh!

Akhirnya kemewahan itu hanya menghadiahkan empat kerusi di Terengganu.

No comments:

Post a Comment