![]() |
merenung masa depan yang semakin kelam |
Dua tiga hari ini baru kembali meeting bersama pihak UMNO. Bukan apa depa ni bukan tahu aku ini siapa. Oleh kerana masih memgang jawatan didalamnya untuk kepentingan sebahagian penduduk terpaksa PRU.TIGABELAS masih berada dalam UMNO seketika sehingga tamat PRU13.
Apa yang memeranjatkan setiap kali mereka adakan mesyuarat 50% daripada agenda adalah pasal duit peruntukan dapat ke tidak untuk PR13 ini dari Bahagian atau perhubungan. Kalau pasti barulah mereka mulakan minit sekadar seperti arahan pihak atas. Kalaulah duit tidak sampai, korang agak apalah akan jadi pada puak-puak UMNO ni? Itu perigkat yang bermusyarat, yang di bawah-bawah ni nampaknya tak terbela rasa. Itu sebab ramai remaja, penyokong UMNO mula berubaha dan berduyun-duyun hadir ceramah serta menyokong PR terutama PAS.
Perubahan ini terlalu banyak sebabnya..
1. UMNO bukan serius dalam menangani masalah Rakyat dan negara.
2. Keperihatinan terhadap masalah rakyat Melayu dan peringkat memerlukan kurang mendapat layanan kerana sebahagian pemimpin UMNO gila mencari kekayaan dan kuasa sehingga tidak ada masa untuk berfikir bagaimana membela rakyat.
3. Dasar UMNO yang telah ketinggalan.
4. UMNO meletakkan kebangsaan sebagai asas perjuangan, agama diketepikan.
5. Rakyat memerlukan pembaharuan (teori manusia) inginkan kelainan tetapi UMNO tidak pernah berubahan seperti PAS dan DAP yang berlainan cara pentadbiran dan pemikiran sejak awal penubuhan (lihat dasar dan pentadbiran UMNO).
6. UMNOBN menggunakan kaedah pengawalan kaedah Barat dalam pentadbiran dan kawalan manusia yang dirasai telah lapuk. Pemikiran Global manusia telah berubah dan mudah memberontak. MUNGKIN WUJUD "MALAY SPRING" pada masa hadapan.
7. Dunia dan masa sekarang percambahan minda berganda dua tiga kali ganda berbanding dahulu.
Ini disebabkan media bebas berinternet bersifat "langit terbuka" diamalkan.
Tetapi UMNO tidak memiliki kawalan untuk menangkis kebocoran maklumat.
Sebab itulah perubahan kepada cuaca pentadbiran negara mendadak 10 tahun kebelakangan ini dan UMNO SEMAKIN MENJATUH BERMULA KES ANWAR IBRAHIM DIPECAT DAN SEHINGGA KINI UMNO SEMAKIN TIDAK DIPERCAYAAI kecuali mereka mereka yang disogok dan berfahaman KEBANGSAAN seperti..........
AJK UMNO Cawangan
Dot Dot Dot.......
No comments:
Post a Comment