Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Jika DAP Perak tak ambik tindakan segera maka "Say No To DAP & BN Say Yes To PKR & PAS"

Mula2 tergolek. Lepas tue boleh pergi mampos.

Ingat, bloggers dan wartawan tidak patut di ikat dengan propaganda murahan korang iaitu ;


Hanya tulis apa yang kamu mahukan. 

Hanya tulis apa yang editor suruh. 
Hanya tulis sesuatu asalkan ia selari dengan prinsip parti dan pemimpin.
Hanya sebarkan dan edarkan selagi ia tidak menjejaskan kepentingan parti.

Sesungguhnya etika karut marut macam tue tidak patut diamalkan sama sekali. Sebagai pelapor, etika yang harus dipegang oleh setiap mereka2 yang bertugas dan berperanan sebagai pelapor adalah hanya menyebarkan sesuatu yang benar2 berlaku, sesuatu yang benar2 terjadi. Bukan mengikut telunjuk orang sehingga menjejaskan prinsip perjuangan sendiri. Itu salah.


Cukuplah salah sekali. Tetapi mengambarkan kesalahan itu sebagai betul dan cuba menganiaya orang yang betul dengan mengatakan dia salah, itu tidak betul. Orang Perak diseru hanya undi PAS dan PKR tapi jangan undi DAP perak sehingga mereka benar2 bermuhasabah diri dan akui kesalahan diri mereka sendiri yang membela kemungkaran bila ia dilakukan oleh sedara mara dan geng2 sendiri.


Ingat, samseng dalam umno memang kita tolak. Dan samseng dalam dap, kita juga tak pernah terima.


Terima kasih. Saksikan video kat bawah neh dan cerita sepenuhnya disini.


 




Updated ; 

On what grounds and on what power did she held us in the car for almost two hours.Has she forgotten that she had held back to mediaperak editors and on top of that calling us names such as “Indian Pariah” reporter and “Malay Kui!” Imagine leaders treating the media like this!They even threatened to confiscate our video camera and also my hand phone. They were trying to open the car door to snatch away our things. It was a day where I saw mobs or “samsengs” ruling the street of Taman Kaya. I was really taken aback with such abusive and vulgar comments coming from both the former DAP leaders. What kind of a culture is this? Intimidating others with a racist comment. 

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

Ini ialah siri artikel mengenai samseng taman kaya. Takde adab dan racist punya orang. 

http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

http://mediaperak.com/2012/07/13/reform-you-leaders-practice-that-first/

http://mediaperak.com/2012/07/17/leaders-take-your-stand-for-what-is-right/

Kesilapan pemimpin DAP perak paling besar kat sini ialah dia lupa yang bloggers pakatan rakyat bukan pencacai. Untuk orang yang ada prinsip, kita tak give a damm mengenai parti. Ingat, we stand for what is right. YES, we are not stand for what a party think it's right. Remember that. 

cerita sebenar melalui Media Perak...

Satu lagi isu yang menjadi panas, terutamanya dalam akhbar berbahasa Cina dan The Star ialah mengenai isu Taman Kaya, Ipoh.

Mediaperak tidak pernah menulis atau membuat liputan tentang Taman Kaya kerana menganggapkan ianya hanyalah isu penduduk setempat. Tapi apabila kami diberitahu bahawa projek memagar Taman Kaya sudah menjadi isu perlanggaran hak asasi, maka kami cuba membantu apa yang kami boleh buat.

Sebelum itu,  kami hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh rakan blogger, Simon Thong dalam blognya disini. Sehinggalah satu hari dimana kami membuat keputusan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

Kami menemui Simon dan juga Augustine Anthony, yang merupakan penduduk di Taman Kaya. Kami telah meminta Augustine membawa kami untuk melawat dan melihat sendiri apakah yang berlaku di Taman Kaya. Augustine bersetuju dan kami menaiki kereta Augustine sementara Simon menaiki keretanya sendiri.

Thursday, August 16, 2012

[Bongkar] Disebalik rampasan kuasa di Perak..!!!

 Rampasan Kuasa Perak - Kisah sebenar Rampasan Kuasa !!

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.



Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.


Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.


Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Abdullah Antong

Saturday, May 19, 2012

Wahai PR Perak.. jangan dok percaya sangat Bangkai UMNO tuuu..!!!

Jangan Teruja Dengan Bangkai umPORno...!!!!


Malam tadi gua melepak sembang2 sambil mabuk2 nescafe tarik, Teh O' dan Kopi O' dengan Blogger Kerajaan Rakyat. Macam2 citer keluar pasal blogging, FB, kerjaya dan bla.. bla... bla.... termasuklah kisah di mana penulis buku politik yang terkenal iaitu Pak Habib Syed Hussin Al-Attas meminta beliau mengumpulkan para bloggers untuk makan2 di rumahnya di Janda Baik... dan sudah tentu ada objektifnya kannnn.... hahaha... apa lu orang ingat makan free kaaaa.... mimpi aarrr...!!!!

Part tu... biarlah Blogger Kerajaan Rakyat yang cerita... gua tak campur beb..., kenapa gua tak mau campur...??? Sebabnya dari pengalaman lepas2... kebanyakkan perjumpaan Bloggers nih... semuanya tu hanyalah NATO (No Action Talk Only).... muakakakakaaaa.....

Macam sial wa cakap luuuu... hahaha... ok... pedulikan bab kat atas tuuuu.... hahaha...!!!!
Dalam banyak hal yang di pong pang pong pang kannnn...., gua tertarik nak share dengan lu orang tentang persepsi/pandangan Blogger Kerajaan Rakyat (KR) berkaitan video mamat umporno yang mengamok di Perak 2 - 3 hari lepas..., yang belum tonton boleh tengok di sini, malas gua nak tepek video mamat sotong yang kecewa baboon tak dapat jubor tuuuu.... dalam entry ini.

Menurut KR..., perjalanan video mengamok tu ok... menampakkan tembelang dan bisul umporno selama ini memang dah kronik beb.... dengan permasalahan dalaman sesama diorang hingga bab main pelacur Siam sebagai Rasuah untuk dapat sesuatu projek yang berleluasa selama ini.

Masalahnya.... pada penamat video apabila Nizar Jamaludin interframe... seolah-olahnya ianya seperti sebuah drama yang dirancang beb..., apatah lagi apabila mamat sutun tu... dok maki hamun sambil kibarkan bendera kecil DAP.... dan menyalak menyeru rakyat ubah kerajaan bla.. bla... bla....

Walaupun Nizar mengatakan beliau bergegas ke tempat mengamok tu ntah dari mana punya majlis kononnya.... itu hak dia nak bercakap laaaa..., yang realnya dia tak payah laaaa... nak ambil peduli sangat dengan bangkai2 umporno yang kecewa dengan umporno dan bertukar angin sokong Pakatan Rakyat.... kononnya lahhhh.... hahahaha....

Di masa2 hadapan jika ada adegan mengamok mecam tu lagi, para pemimpin PR tak perlulah menyibukkan diri nak interframe, biarlah drama mengamok itu menunjukkan kekecewaan dan keburukkan partai umno daripada penyokongnya sendiri... 


Seperti mana pandangan KR di atas... gua teramat setuju. Dari sudut pandang gua pulak... begini...;

Dari sudut "political mileage" ada positifnya.
Dari sudut persepsi ianya menjadi bahan lawak 1Malaysia pulak dahhhh....!!!!
Dari sudut taktikal dan strategi, nampaknya seperti PR akan kena main lagi dengan puak2 bangkai nih...

Lagi pun tak perlulah teruja sangat dengan kemasukkan bangkai2 umporno ke dalam Pakatan Rakyat beb..., Pemimpin2 Pakatan Rakyat tak perlulah ambil peduli samada bangkai2 seperti Mamat Sutun Kampar tu... mahupun bekas Menteri umporno si Mamak Sheikh Kadir ntah apa jadah namanya tu menyokong Pakatan Rakyat dan mengutuk Partai Tong Taik yang diorang telan taiknya sebelum ini..!!!!

Apakah Pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak belajar dari Sejarah Tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini. Bagaimana sambutan keterujaan masuknya bangkai umporno dalam PR... yang akhirnya mengundang krisis tersebut....

Beringatlah wahai Pemimpin2 Pakatan Rakyat... dalam suasana PRU-13 yang semakin hampir kini, pelbagai helah politik dan mainan kotor dari anak didik APCO nih....

Nota: Gua langsung tak percaya dengan bangkai2 umno yang mengendeng Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi kebanyakkan Freeloader adalah puppets belaan umno selama ini... yang akan berpihak kepada umno jika berlaku sebarang krisis.... hahahaha....!!!!

Selebihnya... tepuk dada... hantuk kepala kat dinding, kemudian sendiri mau ingat laaaaa.... hahaha...!!!!

Friday, April 13, 2012

Gerik mengalami krisis air sudah seminggu sehingga minta bantuan lori dari negeri PR

Krisis Air Gerik.Perak minta bantuan Kedah, Penang,Selangor.

Oleh: MSK


Hari ini sudah enam hari sebahagian besar penduduk Gerik terputus bekalan air akibat daripada tanah runtuh di loji penapisan air di Bersia Lama, Gerik.

Tidaka da berita dan tidak ada sesiapa pun yang bising bila Perak mengalami masalah air. Tapi kalau ianya berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan atau Selangor..sudah pasti puak-puak Umno menjerit kebisingan.
Ingat lagi bila banjir berlaku di Kedah? 

Macam-macam kutukan dibuat oleh Umno. ada yang kata Kedah tak prihatin. Ada yang kata Kedah tak bantu penduduk yang terlibat dengan banjir. Pemuda-Pemuda dan Puteri Umno pun sibuk bergambar seolah-olah mereka lah hero banjir. Tapi bila berlaku di Gerik Perak, semua berita digelapkan.

Krisis air di Gerik menggambarkan kelemahan pentadbiran Perak dibawah Zambry. Ketika BN berbangga dengan kejayaan membawa Vale ke Teluk Rubiah dengan menggadaikan alam sekitar, Lembaga air Perak dibawah Zambry gagal memberi bantuan air kepada penduduk tempatan.

Berita awal tentang krisis air di Grik mula-mula aku tahu bila membaca posting kopitarikkaw disini.

Oleh kerana berita yang diperolehi dari kopitarikkaw masih belum cukup, aku menghubungi Team mediaperak di Gerik.

Terima kasih blogger Sham yang sanggup mencari sedikit gambar untuk dijadikan bukti tentang apa yang dikatakan oleh kopitarikkaw.

Memang benar, dalam keadaan Gerik terputus bekalan air, pihak yang datang membantu adalah dari syarikat Syabas dari Selangor, Pihak Berkuasa Air (PBA) dari Pulau Pinang dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dari Kedah.

Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Dimankah lori-lori tangki air Lembaga Air Perak?

Menurut blogger Sham, krisis air di Gerik mungkin berlanjutan seminggu lagi. Dengan kelemahan Lembaga Air Perak, penduduk terpaksa menanggung kesusahan seminggu lagi.

Tapi ada satu perkara yang lebih menarik.

Ketika menjelang PRU 12 pada tahun 2008 dulu, sebuah bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak runtuh di Tasik Banding.

Apakah keruntuhan loji penapis air di Bersia ini menandakan keruntuhan BN dalam PRU akan datang ini.

Untuk melihat gambar-gambar lain, layari blog Keadilan Gerik.

http://mediaperak.com/2012/04/10/krisis-air-gerik-perak-minta-bantuan-kedah-penangselangor/

Tuesday, April 10, 2012

Sidang DUN Perak semalan jadi Sidang DUN KATUN lagi.... Jangan Ingat Kami Lupa Sejarah...!!

oleh budakIT

Marilah kita tengok apa kata puak UMNO/BN duduk bohong RAKYAT MALAYSIA...



Inilah SOALAN apa yang di tanya oleh Adun Simpang Pulai yang heboh dalam UTUSAN kata beliau tak hormat speaker... Anda anak muda tengok dan fikirkanlah akan apa yang dikatakan itu.. jangan hanya lihat sebelah pihak...lihatlah apa yang diperkatakan oleh kedua belah pihak selepas itu buatlah timbangan pihak mana yang BETUL dan mana yang SALAH.....

Itulah pertimbangan yang sebaiknya... dibawah ini penjelasan dari Adun Simpang Pulai berkenaan isu tersebut dan anda cuba bandingkan dengan apa yang MB Zambry katakan dari video diatas....


Jangan Ingat Rakyat Lupa Wahai UMNO/BN....Jika zaman dahulu apa yang anda katakan kami akan terima bulat-bulat namun kini maaflah...rakyat kena fikir 2,3 kali dahulu apa yang anda cuba suapkan dalam fikiran kami....



mana juak UMNO nak kata apa dengan topic in....kepada RAKYAT MALAYSIA masa untuk kita nyahkan golongan yang menjahanamkan system pemerintahan negara kita ini...jika kita tidak memuliakan perlembagaan dan undang-undang negera siapa lagi... jika kita masih berkeyakinan nak letak harapan pada golongan-golongan yang rakus mempertahankan kuasa ini..nampaknyaharapan akan tinggal harapan...

Ini sahaja untuk ajar mereka....


Friday, November 18, 2011

Kesian OKU nie - Zaman Nizar JKM bagi RM300 mai zaman Zambry JKM potong tak bagi dah..

OKU DINAFIKAN HAK OLEH UMNO BN.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/383122_2438404171862_1604510903_2307058_255125090_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/387999_2438410612023_1604510903_2307068_1187448397_n.jpg

Sewaktu saya singgah di gerainya untuk beli gorenag Pisang, tuan punya gerai rupanya mengenali saya, dia sempat mengadu anaknya OKU (Ahmah Hadif bin Jalaluddin) waktu PR memerintah dulu, anaknya dapat bantuan kebajikan RM 300 sebulan, sebaik PR tumbang bantuan tersebut tidak lagi diberi. Apabila Pak Jalaluddin bertanyakan di Jabatan Kebajikan, mereka menjawab itu zaman dulu, sekarang kena mohon lain. Permohonan telah dibuat, sehingga sekarang tidak dapat jawapan.

Oleh kerana kesuntukkan masa saya berjanji akan datang balek untuk ambil maklumat seterusnya. Petang semalam saya sempat menziarahi di gerainya di tepi jalan dari Ipoh ke Batu Gajah mengikut jalan Simpang Changkat Larang. Beliau berniaga goreng pisang dan lain-lain untuk menyara anak-anaknya yang masih bersekolah termasuk yang OKU.

Pak Jalaluddin masih mengharapkan bantuan kebajikan bagi menampung keperluan harian, berniaga kecil-kecilan sebelah petang sekadar cukup-cukup makan bagi menampung pendapatan sekeluarga. Kepada yang simpati bolehlah singgah beli goreg pisang, bubur dan beberapa juadah lain. Ini baru betul membeli sambil menderma.

Misbah Munir Munir