Oleh: AnakSgDerhaka
"“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”
Kenyataan diatas adalah fitnah terbaru oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dibawah ini pula ialah kenyataan akhbar dari Ketua Menteri Pulau Pinang menjawab fitnah itu..
Utusan Malaysia dicabar siarkan sepenuhnya kenyataan bertulis saya dan jangan putar belit.
Utusan Malaysia sekali lagi membuat fitnah ke atas saya dalam satu rencana pengarang bertajuk “Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng”:-
“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”
Rencana ini telah memutarbelitkan kenyataan bertulis saya semalam. Saya tidak langsung menyentuh tentang larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine. Sebaliknya saya mahu rakyat lihat hasutan jahat melabelkan amalan orang bukan Islam sebagai berdosa di kalangan orang Islam dan melabelkan Negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik di kalangan orang bukan Islam.
Tindakan tidak bertanggungjawab Utusan berterusan bukan hanya terhadap pemimpin PR malah terhadap wartawannya sendiri yang mendukung prinsip kebebasan akhbar seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Saya cabar Utusan Malaysia membuktikan ia bela kebenaran dangan menyiarkan penuh kenyataan saya untuk menunjukkan hakikat sebenarnya.
“ Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran Cabang Tanjung PKR Pada 13.2.2011
Rakyat Mesti Menolak Hasutan Ekstremis Dan Berbau Perkauman Yang Melabelkan Orang Bukan Islam Sebagai Berdosa Dan Negara-negara Islam Adalah Mundur, Miskin, Korup Dan Tidak Demokratik.
Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa, khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih Valentine Day adalah berdosa. Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik.
Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa. Keengganan BN menjawab skandal tentang RM888 bilion wang yang dibawa curi-curi keluar secara haram dalam 9 tahun di antara 2000-2008, amat tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Betapa besarnya boleh dilihat sekiranya RM888 bilion diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, maka setiap orang akan menerima RM 33,000/-! Atau kini setiap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi telah kehilangan RM33,000/-.
Sepenuhnya sila baca di SINI"
No comments:
Post a Comment