Saturday, March 26, 2011

Ahli Majlis Fatwa perjelas kenyataan

SHAH ALAM - Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh, menafikan beliau mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang amalan Rasulullah SAW.

Sebaliknya beliau berkata, akad nikah di masjid bukan amalan Rasulullah SAW dan pasangan yang mahu bernikah boleh memilih lokasi lain, selain masjid.

Menurutnya, perkara itu timbul selepas seorang imam memberitahunya dalam satu mesyuarat di mana beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid Putra, Kangar, berkenaan pasangan bakal pengantin yang mahu mengadakan akad nikah di masjid.

”Saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah.


“Kemudian, saya jelaskan kalau selalu buat di masjid, kemungkinan akan menjadi upacara bertentangan ketika zaman Rasulullah SAW sebab Baginda tidak pernah buat akad nikah di masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya sebelum ini dikatakan bernikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah SAW.

Menurutnya, beliau menerangkan bahawa Rasulullah tidak pernah buat perkara itu di masjid, jadi buat apa dilakukan tetapi tiada masalah mengenainya kerana Rasulullah tidak pernah melarang bernikah di masjid.

No comments:

Post a Comment