PBSM salur bantuan banjir
| |
| Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Masjid Sungai Baru, Gunung, semalam. |
Pengerusi PBSM Cawangan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, sehingga kini bantuan pihak-pihak korporat untuk diberikan kepada mangsa banjir masih diterima oleh pihak PBSM.
"Hari ini PBSM menyalurkan bantuan kepada 300 mangsa banjir di Mukim Padang Hang, Gunong dan Anak Bukit di sini.
"Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah barangan Nestle, Milo dan lain-lain lagi," kata beliau ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan bencana di Masjid Sungai Baru di sini semalam.
Menurut Tunku Puteri Intan Safinaz, walaupun bencana banjir telah lama berlaku, namun mangsa-mangsa banjir tidak pernah dilupakan.
"Saya melihat ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak, terutama pihak korporat untuk terus membantu keluarga mangsa banjir.
"Saya turut menggalakkan orang perseorangan yang ingin menderma supaya tampil berbuat demikian," kata beliau.
Sementara itu, penerima bantuan daripada PBSM hari ini, Siti Minah Ismail, 54 berkata, dia bersyukur kerana masih lagi menerima bantuan walaupun bencana banjir telah lama berlalu.
"Ketika banjir saya tidak menerima apa-apa bantuan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PBSM yang telah memberikan bantuan kepada saya.
"Bahan makanan yang telah diberikan sekurang-kurangnya dapat bertahan sehingga beberapa minggu untuk keluarga saya,"jelasnya.
Seorang lagi penerima bantuan, Fatimah Hamzah, 67 berkata, bencana banjir memang menyebabkan dia berasa sedih kerana barangan seperti perabot dan barangan elektrik di rumahnya rosak.
No comments:
Post a Comment