ALOR SETAR - Kerajaan Pusat wajar mempertimbangkan mekanisme penyelesaian terbaik untuk membendung kebanjiran teksi Thailand atau van sapu Siam yang menjejaskan sumber pendapatan pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, kebanjiran teksi Thailand bukan lagi isu baru memandangkan perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kehadiran mereka sebenarnya memberi kerugian besar kepada negara.
Menurutnya, hasil keuntungan yang diperoleh pemilik teksi Thailand akan dialirkan kembali ke Thailand, manakala tindakan mereka membolot pelancong yang hendak ke negara ini atau pulang ke negara itu juga boleh melumpuhkan perkhidmatan teksi dan van pelancong tempatan.
“Mereka bukan sahaja bawa pulang pelancong, malah beli minyak petrol dan diesel serta bahan makanan bersubsidi seperti gula, tepung dan susu dengan harga murah untuk dibawa pulang ke negara mereka.
“Bayangkan berapa banyak keuntungan diperoleh mereka,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.
Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah kebanjiran teksi Thailand kerana ia terletak bawah tanggungjawab agensi-agensi bawah Kerajaan Pusat.
“Masalah ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan Pusat kerana ia melibatkan pengaliran keluar wang negara kita ke negara lain dan sekiranya industri pelancongan di negara ini hendak diperkasakan, rakyat negara ini yang harus menjadi pemain utama industri tersebut dan bukan dimonopoli rakyat asing.
“Pada masa sama, Kerajaan Pusat perlu mengambil kira masalah keselamatan penumpang yang menaiki teksi Thailand terutama pelancong asing kerana mereka tidak dilengkapi dengan insurans,” katanya.
Manikumar turut menggesa Kerajaan Pusat mengiktiraf peranan pengusaha pengangkutan awam di negara ini sebagai duta kecil negara di sempadan di samping melindungi hak kepentingan mereka terutama di kawasan sempadan.

No comments:
Post a Comment