GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.
Presidennya S.M Mohamed Idris berkata, trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.
"Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat tenaga nuklear.
"Mana-mana negara termasuk Malaysia dengan aspirasi nuklear perlu pertimbangkan risiko bencana kemalangan sumbangan negatif utama teknologi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik negara dianggarkan hanya 14,000 megawatt (MW) sedangkan kapasiti bekalan yang ada pula sebanyak 23,000 MW yang memberikan negara margin yang amat selesa. - Bernama
No comments:
Post a Comment