UMNO nafi sebar risalah sabotaj
ALOR SETAR - UMNO Kedah tidak terlibat dalam penyebaran tiga risalah provokasi mempersendakan Pakatan Rakyat (PR) yang diedarkan pada Karnival Kedah Sejahtera malam Ahad lalu.
Setiausahanya, Datuk Othman Aziz berkata, penjelasan ini dibuat supaya tidak ada pihak yang cuba mengaitkan isu terbabit dengan UMNO, memandangkan parti itu kini adalah pembangkang di Kedah.
“UMNO Kedah tidak tahu menahu pasal risalah itu hinggalah berita itu disiarkan kelmarin. Malah saya agak terkejut dengan wujudnya risalah seperti itu di sini, kerana selama ini, parti politik di Kedah menghormati antara satu sama lain, dan tidak pernah mengganggu program anjuran parti lain,” katanya.
Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mendedahkan wujudnya risalah provokasi yang diedarkan pihak tertentu yang berkepentingan politik bertujuan menimbulkan persepsi negatif terhadap pentadbiran PR.
Othman berkata, UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan seperti itu untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada parti, sebaliknya hanya mengamalkan politik sihat kerana mendukung amalan demokrasi.
“Kempen politik seperti itu tidak ada dalam perancangan kita. Saya nafi sekeras-kerasnya jika ada tuduhan seperti itu dilemparkan pada UMNO. Setiap parti politik ada hak anjurkan program mereka dan hak itu harus dihormati,” katanya.

No comments:
Post a Comment