Saturday, May 21, 2011

Dakwaan Negeri seleweng peruntukan Pusat, karut! JKR diserah uruskan semuanya

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 22 Mei - Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri yang diberikan oleh kerajaan Pusat untuk tujuan lain adalah tidak benar kerana peruntukan tersebut digunakan secara berperingkat dan mengikut amalan kerajaan terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara yang sama turut berlaku di seluruh negara apabila setiap peruntukan yang diterima dari kerajaan Pusat akan dimasukkan dalam satu akaun.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Mansor yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.

“Apabila akaun kerjaan negeri menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada disebabkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan,” ujarnya.

Phahrolrazi berkata, memandangkan kerajaan negeri membelanjakan bemacam-macam perkara sepanjang tahun maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri.

“Selain itu, urusan menyelenggara jalan negeri diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sepenuhnya.

“Jadi, isu penyalahgunaan peruntukan tidak seharusnya ditimbulkan,” ujarnya.

Baru-baru ini Menteri Kerja Raya meyatakan bahawa Kedah dan Selangor dikenalpasti menggunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.

No comments:

Post a Comment